Friends

Antara mahligai ego dan cinta 5

Sunday, 4 September 2011
Perlahan dia membuka mata, namun sekelilingnya terasa berpusing-pusing membuatkan dia segera menutup kembali matanya. Kepalanya terasa berat dan pening. Tangan kirinya di arahkan memicit-micit kepalanya. Namun seketika kemudian, terasa sesuatu yang sejuk tiba-tiba diletakkan di dahinya membuatkan derita yang ditanggungnya sedikit berkurang.

"Sakit lagi?" soal suara itu. Dia kembali membuka matanya. Aqiem sedang duduk di sisinya sambil tersenyum. Berkerut-kerut keningnya cuba memikirkan kembali apa yang telah berlaku padanya malam tadi. Aku langsung tak ingat apa-apa.

"Okay sikit. Aku dekat mana ni?" soalnya sambil cuba untuk bangun. Namun Aqiem terlebih dahulu menghalangnya. Dia merebahkan semula tubuhnya ke katil.

"Baring lah dulu. Tak boleh terus bangun. Kau ada dekat rumah aku. Semalam kau mabuk teruk. Terpaksa bawa kau ke sini. Aku takut papa kau marah kalau nampak kau dalam keadaan semalam" ujar Aqiem menerangkan situasi sebenar.

Tengku Dzafril Haidhar menarik nafas panjang. "Dia tak ada. Pergi Jepun. Thanks sebab bawa aku ke sini" ujarnya sambil mengalihkan bungkusan ais dari dahinya setelah dirasakannya sakit kepalanya sudah berkurangan. Sejenak kemudian kedengaran pintu bilik dikuak membuatkan pandangannya beralih ke arah pintu. Zaqrul masuk ke bilik itu sambil tersenyum memandangnya.

"Kau dah okay belum. Kalau dah okay jom lah keluar. Aqiem dah beli sarapan" ujar Zaqrul sambil tersengih.

"Kau pun ada dekat sini, Rul?" soal Tengku Dzafril Haidhar agak hairan.

Aqiem ketawa kecil melihat Tengku Dzafril Haidhar yang seolah orang kebingungan itu. Semua tak ingat nampaknya. "Kau muntah dekat baju dia semalam. Terpaksa dia mandi dan tidur dekat sini nak tunggu baju dia kering" terangnya.

Zaqrul dilihatnya kini hanya berbaju T-shirt dan kain pelikat. Mula terasa bersalah. Dia bangun perlahan-lahan sebelum duduk dan bersandar "Sorry ar weh. Aku menyusahkan korang semalam" ujar Tengku Dzafril Haidhar kembali.

Wajah sahabatnya itu kelihatan cukup kusut. Zaqrul tersenyum. "Alah lepaklah. Takkan kita orang nak biar kau pula dekat situ kan. Dah dah. Tak payah nak buat muka bersalah sangat. Jom keluar. Sarapan. Aku dah lapar ni" ujarnya sambil menepuk-nepuk perutnya.

Tersenyum tawar. "Kau orang keluar dulu. Aku nak basuh muka" ujar Tengku Dzafril Haidhar. Dia bersyukur kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang memahami seperti mereka. Aqiem dan Zaqrul sudahpun berlalu keluar dari bilik itu, meninggalkannya sendirian. Kalau dia orang tak ada malam tadi, tak tahu lah apa jadi dekat aku, fikirnya.

Usai membasuh mukanya, baru dia perasan baju yang dipakainya itu bukanlah baju miliknya. Begitu juga seluar. Hah? Mana pakaian aku? Bulat matanya apabila menyedari seseorang telah bertindak menukarkan pakaiannya dalam keadaan dia tidak sedar. Segera dia berjalan keluar dari bilik itu mendapatkan kedua rakannya.

"Kau ni agak-agaklah doh! Kedekut gila dengan aku" kedengaran suara Zaqrul apabila pintu bilik dikuak. Kedua-dua sahabatnya sedang berebutkan sesuatu namun dia malas mahu mengambil tahu. Aqiem menoleh ke arahnya sambil tersenyum.

"Zaf! Mari sini duduk" panggil Aqiem.

Tengku Dzafril Haidhar menelan air liurnya sambil berjalan menghampiri mereka berdua. "Errr, siapa yang tukarkan baju aku semalam?" soalnya sedikit malu. Duduk di hadapan Aqiem yang sedang meletakkan pinggan di hadapannya.

Ketawa kecil sebaik sahaja mendengar soalan yang diajukan oleh sahabatnya itu. "Baju kau pun bau arak dah kot. Aku tukarlah. Alah! Aku tak ada buat benda-benda lain lah. Kau jangan risau" ujar Aqiem berseloroh membuatkan Zaqrul serentak ketawa terbahak-bahak memandang wajah Tengku Dzafril Haidhar yang pucat.

"Dia risau keterunaan dia dicabul. Dahlah! Baik kau makan" balas Zaqrul pula.

Tengku Dzafril Haidhar sekadar tersengih malu. Dia memang lapar pun. Sejak semalam aku tak jamah makanan lagi. "Lapar weh" ujarnya sebelum menyuap makanan ke mulutnya.

"Woi! kau dah baca doa belum!" pekik Zaqrul tiba-tiba.

"Terkejut aku kau tiba-tiba jerit" marah Aqiem. Zaqrul sekadar ketawa melihat wajah terkejut Tengku Dzafril Haidhar.

"Aku baca bismillah dalam hati" jawabnya sambil ketawa. Suasana meriah sebegitu tidak pernah dikecapinya ketika berada di rumah. Selalunya dia hanya makan bersendirian. Berlainan ketika berada di rumah Aqiem. Pasti ada sahaja lawak yang muncul dari mulut mereka. Buat beberapa ketika mereka masing-masing berdiam diri menikmati sarapan masing-masing.

"Zaf, aku nak tanya sikit boleh?" soal Aqiem tiba-tiba membuatkan Tengku Dzafril Haidhar berhenti menyuap. Dia mendongak lalu memandang wajah serius Aqiem.

"Apa dia?" soalnya hairan. Sempat dia memandang wajah Zaqrul yang kini turut memandangnya dengan pandangan serius.

"Betul ke kau dah bertunang?" soal Aqiem meminta kepastian.

Serentak membuatkan Tengku Dzafril tersedak apabila perkataan 'tunang' disuarakan dari mulut Aqiem. Cepat-cepat dia mencapai air di hadapannya sebelum meneguk. Agh, tak ada soalan lain ke dia orang ni nak tanya? Marahnya di dalam hati.

"A'ahlah. Semalam kau cakap kau dah bertunang. Betul ke?" soal Zaqrul yang juga bertanyakan soalan yang sama membuatkan Tengku Dzafril Haidhar terdiam sejenak mula berfikir jawapan untuk diberikan kepada mereka. Akhirnya dia mengangguk perlahan tanda mengiyakan kenyataan itu.

"Buat masa sekarang, memang aku tunang dia tapi aku akan cari jalan untuk putuskan pertunangan tu" ujar Tengku Dzafril Haidhar tegas. Tak mungkin aku nak kahwin. Apatah lagi dengan perempuan yang aku langsung tak kenal.

"Eh kenapa?" soal Zaqrul yang jelas bingung dengan kata-kata Tengku Dzafril Haidhar itu.

"Haaa aku tau. Mesti tunang kau tu tak cantik kan? Tu pasal lah kau tak nak" sampuk Aqiem. Atas sebab apa lagi Tengku Dzafril Haidhar ingin menolak? Lelaki itu sudah biasa dikelilingi gadis-gadis cantik. Tengok je lah selama ni. Awek dia semua model, pramugari, pelakon. Jelas-jelas lelaki itu seorang yang memandang rupa.

"Aku tak pernah jumpa dia pun lah" balas Tengku Dzafril Haidhar membuatkan Aqiem terdiam memandangnya hairan.

"Habis? Tak pernah jumpa macam mana boleh tunang? Aku tak faham" soal Zaqrul.

"Papa aku yang tunangkan aku dengan perempuan tu. Bukan atas persetujuan aku. Aku tak pernah jumpa dia setakat ni"

"Kalau dia cantik macam mana? Kau nak lepaskan ke perempuan cantik?" uji Aqiem.

"Walaupun dia tu cantik macam bidadari pun, jangan haraplah aku nak dengan dia" ujar Tengku Dzafril Haidhar penuh yakin.

"Fuh, gilalah kau ni. Kalau dia cantik gila pun tak nak. Sekarang cakap boleh lah, Zaf. Cuba nanti dah tengok dia depan-depan. Haa masa tu barulah kau tahu. Mampu ke tak, nak cakap besar macam ni" ujar Aqiem sebelum menoleh ke arah Zaqrul. “Eh Rul, kau kalau perempuan cantik kau nak kahwin tak Rul?” soalnya lagi.

"Eh mestilah nak! Tapi kalau cantik pun, perangai gedik. Tak guna. Aku anti betul la perempuan gedik-gedik ni" balas Zaqrul.

"Haa, tahu tak apa. Aku setuju dengan kau Rul. Aku pun tak suka jugak" sokong Tengku Dzafril Haidhar.

Faqrul menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar. "Poyo je lebih mamat ni. Habis awek-awek kau yang selama ni bukan gedik ke? Tu siapa hari tu, Tasya tu. Tengok kuku dia pun aku dah seram. Mesti jenis tak reti buat kerja rumah tu" ujarnya. Tengku Dzafril Haidhar sekadar ketawa mendengar kata-katanya.

"Tunang kau tu, budak KL juga ke? Kaya?" soal Aqiem.

"Anak Dato'. Rasanya anak kepada kawan papa aku"

"Oh anak Dato'. Okaylah tu dengan kau. Apasal kau tak pernah jumpa dia? Kata kawan papa kau. Eh silap.... Anak kawan papa kau" soal Aqiem.

"Dia tinggal London before ni. Baru balik sini" ujar Tengku Dzafril Haidhar. Seingatnya dia pernah beberapa kali datang ke rumah Dato' Qamal menemani papanya. Ketika itu dia diberitahu anak tunggal perempuan sahabat baik papanya itu masih menetap di luar negara. Agh. Bukan aku kisah pun pasal semua tu.

"Kira half minah salleh lah tunang kau ni. Eceh, kita ni dah masuk bab interview tunang Zaf pula. Sorry Zaf. Nak kenal-kenal je. Tak ada niat lain" ujar Zaqrul sengaja mengusik Tengku Dzafril Haidhar. Aqiem turut ketawa. Serentak dilihatnya lelaki itu menarik muka masam apabila dirinya menjadi bahan gurauan.

"Apa benda korang ni" ujar Tengku Dzafril Haidhar. Malas mahu melayani karenah rakan-rakan baiknya itu.

"Yelah, takutlah kau marah, kita orang banyak tanya pasal tunang kau tu" ujar Aqiem pula semakin galak mengusik. Ketawa memandang wajah serius Tengku Dzafril Haidhar.

"Tak ada pasallah aku nak marah. Sikit pun aku tak ambil peduli pasal dia. Yang penting, aku tak akan kahwin dengan perempuan tu" jawabnya penuh yakin.

Zaqrul berhenti ketawa sebelum menarik nafas panjang. "Aku peliklah dengan kau ni, Zaf. Apasal kau anti sangat dengan perkahwinan? Aku rasa, semua orang nak kahwin, kau je tak nak" ujarnya.

Soalan Zaqrul itu membuatkan dia terdiam seketika. Pinggan yang telah kosong itu ditenungnya lama sebelum perlahan dia mengeluh. "Kau orang lain. Aku lain. Hidup kau orang tak sama macam aku. Bagi aku, perkahwinan tu cuma satu konsep yang nak mengikat orang. Aku sukakan hidup bebas. Tak suka hidup terikat macam tu. Komitmen? Bukan cara hidup aku" balas Tengku Dzafril Haidhar.

"Tak elok kau cakap macam tu, Zaf. Nabi tak mengaku umat, orang yang tak nak berkahwin. Lagipun, aku tak rasa perkahwinan tu satu konsep macam kau cakap. Perkahwinan tu satu jalan nak bergaul dengan perempuan secara halal. Dengan jadikan dia isteri yang sah" ujar Aqiem pula menyuarakan pendapatnya pula.

"Apa yang pernah jadi dekat aku selama ni buat aku rasa tak percaya dengan perkahwinan. Kau orang pun tahu pasal parent aku, keluarga aku macam mana. Sebab tu aku rasa, perkahwinan bukan satu keperluan dalam hidup aku" balas Tengku Dzafril Haidhar lagi.

"Memanglah Zaf. Bagi kau sekarang benda tu tak penting. Kau ada semua. Dengan rupa dan harta memang boleh buat ramai perempuan gilakan kau. Tapi sampai bila kau nak hidup macam ni. Takkan sampai ke tua?" ujar Aqiem sebelum bangun membawa pinggannya ke dapur meninggalkan Tengku Dzafril Haidhar dan Zaqrul.

Dia tahu Aqiem tidak suka dengan sikap lelaki itu yang tidak pernah serius dalam hubungannya bersama perempuan. Seringkali melihat Tengku Dzafril Haidhar dengan gadis berlainan. Perlahan dia tersenyum sendiri memandang sahabatnya yang masih kaku di tempatnya. "Nama dia kau tahu?" soal Zaqrul cuba menukar sedikit arah perbincangan. Tidak mahu kelihatan terlalu serius.

“Larra” sebaris nama itu meniti di bibirnya.


***
Pagi-pagi lagi dia sudah mendaftar keluar dari Pandan Indah Hotel setelah satu malam menginap di situ. Kini dia pasti, mama dan papanya sudah sedar kehilangannya. Aku tak boleh lama-lama tinggal dekat hotel ni, bingkisnya sambil terus melangkah laju. Namun kemudian, langkahnya terhenti.

“Tapi aku nak tinggal dekat mana lagi lepas ni?” soalnya sendiri sebelum mengeluh. Dia mendongak memandang kepulan-kepulan awan di langit. Cuaca yang agak terik membuatkan dia terasa bahangnya. Pening kepalanya memikirkan tentang masalah yang melanda kini.

Kad di tangannya dimasukkan ke dalam mesin ATM. Permintaannya untuk mengeluarkan duit telah ditolak. Berkerut dahinya. "Apasal kad bank aku ni?" soalnya hairan sambil mencuba sekali lagi namun hasilnya tetap sama. Serentak dia teringat kembali kata-kata papanya ketika mereka bertengkar tempohari.

“Semua visa, pasport dan segala aset kamu dalam bank, dah dibekukan. You can't go out from this country anymore!" Kata-kata tegas papanya kembali bemain-main di telinganya. Dia menarik nafas panjang sambil memejam erat matanya. Mencuba untuk menenangkan dirinya.

"Jadi papa betul-betul bekukan aset aku” keluhnya perlahan sambil berjalan keluar. “Ya allah, aku nak ke mana ni? Duit aku pun tinggal berapa je dekat wallet" ujarnya perlahan. Fikirannya kusut memikirkan nasibnya kini. Duit yang ada hanya tinggal beberapa ratus sahaja. Nak bayar tidur hotel, nak makan. Mana cukup duit ni? Perlahan wajahnya diraup. Buntu mencari jalan penyelesaian.

Dia sudah hilang arah tujuan. Kemana kakinya melangkah, ke situ tubuhnya dibawa sebelum akhirnya berhenti di perhentian bas berdekatan bagi berteduh dari rasa bahang terik mentari. Punggungnya dilabuhkan, duduk tidak jauh dari seorang wanita yang agak berumur. Mungkin lebih tua dari mama. Kedengaran wanita itu batuk-batuk membuatkan dia mula terasa kasihan. Bunyinya perit sekali.

Namun masalah yang ditanggungnya lebih perit. Dia kembali mengelamun jauh cuba memikirkan jalan penyelesaian. Tanpa duit, tak mungkin aku nak berkeliaran dekat luar macam ni. Bahaya, fikirnya sendiri sebelum mengeluh perlahan. Tertunduk lemah.

"Aaa!! Tolong! Peragut! Tolongg!! Duit akuuuu!"

Suara wanita tiba-tiba menjerit membuatkan Larra tersedar dari lamunannya. Peragut itu dilihatnya berlari terus ke arah motor yang ditunggu oleh rakannya tidak jauh dari situ sambil menjinjing beg. Sempat dia menghafal nombor flat pada kenderaan beroda dua itu yang kini sudah bergerak laju meninggalkan mereka. Kes ragut itu menyebabkan kawasan itu menjadi riuh rendah buat seketika. Ada beberapa lelaki warganegara asing yang turut berada situ cuba mengejar namun tidak berjaya.

Larra bangun sebelum duduk di sisi wanita itu. "Mak cik, barang apa yang hilang?" soalnya bimbang.

Dikesat air matanya dengan hujung lengan baju kurungnya yang telah lusuh sebelum memandang ke arah gadis muda di hadapannya itu. "Beg tangan mak cik. Dalam tu semua barang penting ada. IC dan duit ada dalam tu" rintih Mak Munah. Macam manalah aku nak balik dengan duit tak ada.

Rasa kasihan pula melihat wanita itu menangis. Masalah yang melanda dirinya terpaksa dilupakan seketika. "Mak cik janganlah bimbang. Lebih baik, kita pergi buat laporan polis sekarang sebelum terlambat" cadang Larra. Beberapa orang di situ turut bersetuju dengan cadangannya.

Berkerut dahinya memandang gadis muda yang ingin menolongnya itu. "Mak cik dah tak ada duit. Nak balik pun tak tahu macam mana. Duit habis semua dalam tu” beritahu Mak Munah. Dia masih ketakutan memikirkan beg tangannya yang baru diragut sebentar tadi.

Larra memegang perlahan bahu wanita itu. "Tak apa. Soal duit tu tak payah risau. Mak cik boleh guna duit saya dulu. Yang penting kita lapor sekarang" pujuknya. Wanita itu kelihatan teragak-agak.

"Betul tu mak cik. Lebih baik mak cik pergi ke balai polis cepat. Biar dapat tangkap peragut pun cepat. Lagipun Cik ni nak bantu. Eloklah terima sahaja. Kalau tak ada duit, saya ada. Boleh kasi mak cik" sokong seorang lelaki warga India. Larra tersenyum sebelum mengangguk memandang ke arah wanita tua itu. Cuba untuk meyakinkannya. "Saya ikhlas nak bantu. Bas pun dah datang. Mari saya temankan mak cik ke balai polis" ujar Larra.


***
Dia memimpin tangan wanita yang dikenali sebagai Mak Munah itu menyeberangi jalan. Laporan telah dibuat, dan dalam masa terdekat sekiranya suspek berjaya dikesan, pihak polis telah berjanji untuk menghubungi Mak Munah secepat mungkin.

"Terima kasihlah sekali lagi ya nak sebab bantu mak cik" ujar Mak Munah. Matanya kembali berair. Terharu dengan pertolongan yang diberikan gadis muda itu.

"Tak apa. Saya tak kisah pun. Mak cik tinggal dekat Cheras kan. Gunalah duit saya dulu. Ni duitnya" ujar Larra sambil menghulurkan sekeping not RM20.

"Eh, ya Allah. Banyaknya mak cik berhutang dengan anak ni. Tak sedap hati lah mak cik macam ni, Cik Adlea" ujar Mak Munah.

Memang sengaja Larra membahasakan dirinya sebagai Adlea. Dia tidak mahu dirinya dikenali sebagai Larra. "Tak perlu mak cik. Saya tak minta bayar balik. Saya tolong ikhlas. Mak Cik panggil saya Lea je. Tak payahlah ber cik cik" ujarnya sambil tersenyum.

Tersenyum. "Terima kasih banyak-banyak. Tuhan je lah yang mampu balas kebaikan Lea. Macam nilah, beri alamat Lea. Biar nanti bila mak cik dah dapat duit, mak cik datang pulangkan pada Lea" ujar Mak Munah.

Larra terdiam seketika. Arah tuju aku sekarang pun tak tahu ke mana? Lagi nak beritahu alamat. Dia tersenyum tawar sambil memegang perlahan tangan Mak Munah. "Erm, tak payahlah mak cik. Saya tak...tak perlukannya. Saya tolong mak cik ikhlas" ujar Larra.

“Kenapa pula? Bagi je lah alamat. Setidak-tidaknya ada masa nanti bolehlah mak cik balas budi Lea" pujuk Mak Munah lagi masih berkeras inginkan alamat. Dia tidak mahu hilang jejak gadis itu. Apa yang penting, dia mahu membalas budi semula.

Dia menarik nafas dalam sebelum melepaskannya kembali. Tertunduk lemah. "Rumah saya dekat Ampang. Tapi sa..saya sebenarnya lari dari rumah. Saya tak tahu nak tuju ke mana" ujar Larra berterus terang

Mak Munah terkedu mendengar jawapan gadis itu. Berkerut-kerut dahinya."Lari dari rumah. Kenapa?' soalnya hairan.

Tersenyum tawar. Sukar untuk dia menceritakan hal peribadi kepada orang asing. "Erm, biasalah Mak Munah. Ada salah faham sikit dengan keluarga” jawabnya. Dia tidak mahu bercerita lebih-lebih.

Mak Munah memandang lama wajah gadis di sisinya itu. “Kenapa sampai lari dari rumah? Tak boleh berbincang dulu ke dengan keluarga Lea?”

Cuba menahan sebak yang mula terasa di dada. Memikirkan bagaimana papa dan mama sanggup membuat keputusan tanpa persetujuannya, membuatkan dia merasa sedih tiba-tiba. Dia gagal mengawal perasaannya. “Keluarga saya cuba jodohkan saya dengan pilihan mereka. Saya terpaksa larikan diri bila keluarga saya berkeras dengan keputusan mereka” ujar Larra tanpa sedar menceritakan hal sebenar pada wanita itu.

Rasa kasihan pula melihat nasib Adlea. Bukankah zaman telah moden? Jadi kenapa masih wujud isu kahwin paksa. Namun, dia yakin gadis itu seorang yang baik. Kalau gadis itu jahat sudah lama dia ditipu. Walau bagaimanapun, dia terhutang budi pada Adlea. “Habis tu, Lea nak tinggal dekat mana sekarang?” soal Mak Munah kembali.

Larra mengetap bibirnya sebelum mengeluh perlahan. "Saya pun tak tahu nak tinggal mana buat sementara waktu ni. Tengoklah, mungkin di rumah-rumah tumpangan kot" ujarnya kembali. Cuma itu sahaja jalannya kini. Dia tidak punya banyak duit dan dia perlukan tempat penginapan. Mungkin rumah tumpangan lebih sesuai buat dirinya kini.

"Eh jangan. Bahaya. Seorang-seorang pula tu. Lea tu perempuan” ujarnya sebelum tertunduk seketika. Cuba memikirkan jalan penyelesaian bagi membantu gadis itu. “Macam ni lah. Mak cik percaya Lea ni orang baik-baik. Jadi mak cik tak kisah kalau Lea nak ikut mak cik balik. Setidaknya, Lea ada tempat tinggal yang selamat" saran Mak Munah membuatkan Larra terkedu. Dia tidak pasti sama ada ingin ikut atau tidak wanita itu. Baru sahaja berkenalan, takkan aku nak ikut dia pula.

“Tak apalah. Saya tak nak menyusahkan mak cik"

Berkerut dahi Mak Munah mendengar jawapan gadis itu. "Laa, menyusahkan apanya? Lea dah tolong mak cik hari ni. Jadi, bagilah peluang mak cik nak tolong Lea balik"

Antara mahligai ego dan cinta 4

"Damn!" jeritnya sekuat hati. Bergema bilik itu dengan suaranya. Rasa bengang masih menguasai diri. Terkejut setelah diberitahu tentang hal pertunangannya sebentar tadi. Dia benar-benar marah.

"Sesuka hati je nak buat keputusan untuk aku!" jeritnya lagi.

Sejak tadi, telefon bimbit yang berdering langsung tidak diendahkan. Dia masih serabut memikirkan tentang masalah pertunangan itu. Aku benci perempuan. Siapa agaknya perempuan yang papa pilihkan untuk aku? Tak guna.

Telefon bimbitnya sekali bercahaya sebelum berdering membuatkan dia segera berpaling. Pantas mencapai telefon itu sebelum hampir sahaja dia membalingnya ke lantai. Namun nama pemanggil yang tertera membuatkan dia tidak jadi untuk berbuat demikian. Lantas simbol hijau pada skrin di sentuhnya. "Hello" jawabnya malas.

”Zaf! Kau free tak malam ni. Jom keluar. Lepak tempat biasa. Zeen Club"

Tengku Dzafril Haidhar terdiam seketika. "Siapa lagi ada?”

”Fahim ada. Zaqrul datang kejap lagi. Yang tak ada malam ni cuma Joe je"


***
Berjaya pun! Desisnya setelah berjaya memanjat dan melompat keluar dari tembok tinggi itu. Dia menarik nafas panjang sebelum kembali menoleh memandang rumah banglo miik keluarganya itu. Digenggam erat beg Levi's yang dibawanya. Hanya beberapa pakaian, dompet dan juga telefon bimbit dibawa bersama. Suasana sekeliling yang agak gelap membuatkan dia ketakutan sendiri. Perlahan menggosok lengannya. "Sejuk pula dekat luar ni" keluhnya sambil terus berjalan menuju ke jalan utama.

Nasibnya baik apabila ada teksi yang muncul tidak lama dia berdiri di situ. Cepat-cepat dia menahan. Pantas berjalan menghampiri teksi yang sudah berhenti itu. Pemandunya seorang yang agak berusia.

"Pak Cik, boleh hantar saya ke Pandan Indah Hotel tak?" soalnya membuatkan pemandu teksi itu kelihatan agak teragak-agak untuk menjawabnya. Dipandangnya jam di dashboard kereta yang sudah hampir menunjukkan ke angka 10 malam.

"Tapi nak, pak cik tak lalu jalan tu. Kawasan tu jauh dari tempat ni" ujar lelaki itu.

Larra menarik nafas panjang mendengar kata-kata dari lelaki itu sebelum memandang sekilas jalan yang kian sunyi itu. "Pak cik, saya betul-betul kena ke sana secepat mungkin. Nak harapkan teksi lain, saya rasa tak ada lalu dah malam macam ni. Tolonglah hantar saya pak cik. Saya bayar lebih" ujarnya lagi bersungguh-sungguh. Masih tidak berputus asa untuk memujuk. Teksi inilah satu-satu harapan yang ada untuk dia segera pergi dari rumah itu sebelum papa dan mama sedar akan kehilangannya.

Pak Daud serba salah. "Bukan soal duit nak, tapi masa pak cik” ujarnya cuba memberi penjelasan. Melihat keadaan gadis itu sendirian membuatkan dia jadi tidak sampai hati. Dahlah hari pun nak tengah malam. Meski kawasan ini merupakan kawasan perumahan mewah, takut juga dia sekiranya berlaku sesuatu yang buruk pada gadis itu.

“Tak apalah. Kesian pak cik tengok anak ni. Naiklah, mari pak cik hantarkan" dia mengalah akhirnya. Gadis muda itu tersenyum sebelum segera masuk ke dalam perut kereta. Dia kembali memandu teksi menuju ke tempat yang diarahkan. Sempat dia mengerling sekilas ke arah gadis itu.

"Anak ni memang tinggal dekat kawasan perumahan tu ya?" Dia memulakan perbualan.

"Err, Kenapa pak cik?" soal Larra kembali.

"Tak adalah, tu kan kawasan perumahan orang kaya. Pak cik tanya je sebab tak pernah nampak Cik ni sebelum ni. Selalu juga pakcik lalu sini" balas Pak Cik Daud lagi.

"Saya tumpang rumah saudara je dekat situ" balas Larra.

"Ouh, dari kampung la ni ya. Anak ingat tak rumah banglo tempat pak cik berhenti tadi?".

Larra mengetap bibirnya tanda tanda hairan. Rumah mana pulak maksud pakcik ni? “Maksud pak cik, rumah yang pak cik berhenti tadi tu ke?” Larra bertanya lagi. Ingin mendapatkan kepastian.

“Ha'ah. Rumah yang tu lah. Anak kenal ke dengan keluarga Dato' tu?”


“Tak kenal. Kenapa dengan rumah tu, pak cik?” soalnya curiga. Meski dia tahu, rumah yang dimaksudkan itu adalah rumahnya.

"Pak cik dengar, anak Dato' yang tinggal dekat situ dulu pernah bunuh orang. Tak tahulah apa cerita sekarang dengan budak tu" kedengaran pemandu teksi itu mengeluarkan kenyataan serentak membuatkan darahnya tersirap menyerbu muka. Kalau betul anak Dato' yang dimaksudkan oleh pak cik ni adalah aku, maka kenyataan yang dikeluarkan itu sama sekali tidak benar. Aku mana ada bunuh orang. Anehnya, bagaimana pakcik pemandu teksi itu tahu tentang cerita itu?

"Pak cik tahu dari mana?" soal Larra. Sedaya upaya cuba mengawal perasaannya yang sudah tidak tentu arah. Apa yang pasti dia tidak suka hal peribadinya dijaja-jaja.

"Dulu. Dah lama dah cerita ni. Ada beberapa budak yang sekolah sama dengan anak Dato' tu cerita masa tumpang teksi pakcik ni balik. Macam-macamlah yang pakcik dengar. Sampai sekarang pak cik teringat setiap kali lalu depan rumah tu. Dengar cerita yang anak Dato’ tu selalu buli pelajar lain dekat sekolah. Mak bapa hantar anak sekolah, tapi anak pula buat masalah dekat sekolah. Apalah nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang ni" ujar Pak Cik Daud panjang lebar.

Larra menelan air liurnya. “Perempuan ke anak Dato’ tu pak cik?”

“Ha’ah. Dato’ tu katanya cuma ada seorang anak je. Perempuan” jawab Pak Daud.

Larra tertunduk lemah. Yakinlah dia, budak yang dimaksudkan sememangnya aku. Tidak menyangka, cerita perihal dirinya tersebar sehingga ke pengetahuan orang luar. Aku ingat cerita tu habis dalam kalangan budak sekolah aku je. Tapi kenapa tokok tambah cerita sampai cakap aku bunuh orang? Benci sangat ke dia orang semua dekat aku? Ya, mestilah dia orang benci. Tersenyum tawar. Aneh bila orang masih boleh terima aku lepas apa yang aku dah buat.

"Nak, dah sampai"

Lamunannya terhenti. Kini dia sudahpun berada di hadapan Pandan Indah Hotel. Jauh sungguh dia mengelamun. Pantas bag sandangnya dicapai. “Terima kasih, pak cik” ujar Larra sambil menyerahkan not RM50 yang baru dikeluarkan dari dompetnya.

"Eh? Duit ni lebih ni. Meter pak cik cuma RM33.50 je" ujar Pak Daud jelas terkejut.

Larra menggalas beg sandangnya sambil tersenyum memandang pemandu teksi itu. "Tak apalah, pak cik. Saya ikhlas. Terima kasih banyak-banyak sebab sanggup hantarkan saya sampai ke mari. Kalau tak ada pak cik tadi, tak tahulah macam mana saya" ujarnya.

Dia menarik nafas panjang memandang gadis muda itu sebelum memasukkan not RM 50 yang baru diterimanya ke poket baju. "Baik betul anak ni. Terima kasih lah ya" ujarnya.

Larra mengangguk perlahan sebelum pantas membuka pintu kereta berniat hendak keluar. Namun kemudian langkahnya terhenti. Dia menarik nafas panjang sebelum menoleh kembali ke arah pemandu teksi itu. "Saya harap pak cik tak cerita lagi pasal anak Dato' tu dekat penumpang pak cik yang lain. Cerita dia bunuh orang tu tak betul. Saya minta diri dulu, pak cik” ujarnya sebelum pantas melangkah keluar dari teksi itu.

Berkerut dahinya memandang tubuh gadis itu yang sudah semakin menjauh. Masih terngiang-ngiang kata-kata gadis itu padanya tadi. “Siapa sebenarnya dia?” soalnya hairan. Melalui cara gadis itu berkata tadi, seolah gadis itu cukup jelas dengan cerita yang disampaikan olehnya.


***
Aqiem tercengang sejenak memandang ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang masih tidak menunjukkan sebarang tanda untuk berhenti dari meneguk minuman beralkohol di gelasnya. Sesekali dia melirik ke arah Zaqrul di sisinya yang turut memandang hairan lelaki itu. Gelas yang telah kosong ingin diisinya lagi. Tak boleh dibiarkan ni. Pantas dia segera bertindak merampas botol arak dari tangan lelaki itu.

"Enough! Zaf!" marahnya dengan suara yang terpaksa ditinggikan. Irama muzik yang kuat di tempat itu membuatkan dia terpaksa menjerit sedikit. Meski mereka berada di zon privasi namun suasana hingar bingar tempat itu masih terasa.

Perbuatannya itu telah menimbulkan kemarahan lelaki itu. Berkerut dahinya. Memandang dengan wajah yang bengis. "Kau ni apahal! Bagi balik lah!" marah Tengku Dzafril Haidhar sambil menggapai-gapaikan tangannya untuk mengambil kembali botol minuman beralkohol itu dari tangan Aqiem. Cepat-cepat Zaqrul bangun sebelum duduk di sisi Tengku Dzafril Haidhar. Cuba untuk menenangkan lelaki itu.

"Kau ada masalah ke, Zaf? Tak pernah kau macam ni. Kalau kau ada masalah, cerita dekat kita orang. Bukan mabukkan diri kau" pujuk Zaqrul.

Namun kata-kata pujuk Zaqrul itu langsung tidak memberi kesan padanya. Tengku Dzafril Haidhar pantas menolak Aqiem sebelum mendapatkan kembali botol araknya. "Masalah? Kalau aku beritahu pun, kau orang mampu ke selesaikan masalah aku? Tak ada orang yang boleh faham aku. Termasuk bapak aku sendiri" balasnya sinis sebelum meneguk rakus arak di gelasnya. Zaqrul dan Aqiem sekadar berpandangan. Terdiam. Masing-masing sudah hilang idea untuk memujuk Tengku Dzafril Haidhar.

Dia berjalan masuk ke dalam ruang itu mendapatkan semula rakan-rakannya. Penat di pentas tari tadi masih belum hilang. Dilihatnya kini Zaqrul dan Aqiem sama-sama kaku memandang Tengku Dzafril Haidhar. Berkerut dahinya. “Hey! Hey! Yang korang ni dah kenapa pandang dia macam tu?" tegur Fahim sebelum duduk di sisi Zaqrul. Tertawa kecil.

"Kau tengoklah sendiri dia tengah buat apa? Tak pelik ke?" ujar Zaqrul membuatkan Fahim mengarahkan seluruh pandangannya ke arah Tengku Dzafril Haidhar.

"Dia minum? Then kenapa? Apa yang peliknya sampai korang pandang dia macam nak tembus?" soalnya kembali. Itu bukanlah pertama kali Tengku Dzafril Haidhar meneguk minuman keras. Jadi apa yang menghairankan sehingga kedua rakannya itu memandang Tengku Dzafril Haidhar dengan pandangan tidak percaya.

Menarik nafas panjang sebelum menoleh ke arah Fahim yang masih bingung. "Kau tahu tak berapa gelas dah mamat ni teguk dari kita enter tempat ni tadi?" soal Zaqrul. Fahim menggelengkan kepala.

"8 gelas! Non-stop" beritahu Aqiem membuatkan Fahim tergamam. Bulat matanya sebelum pantas memandang ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang tampak selamba. Sedikit pun tidak menghiraukan perbualan rakan-rakannya yang kini berkisar tentang dirinya. Automatik Fahim bangun dari duduknya dan berdiri memandang Tengku Dzafril Haidhar.

"Kau ni nak bunuh diri ke apa ni Zaf? Minum banyak sangat malam ni kenapa?. Kalau terkencing dalam seluar siapa nak tolong!" ujar Fahim berpura-pura marah serentak membuatkan Zaqrul dan Aqiem tergelak besar.

Aqiem menggeleng perlahan. Ingatkan tadi dia nak marah. "Bengong lah kau ni Fahim. Cuba serius sikit. Aku risau tengok dia ni. Tak pernah-pernah dia minum banyak macam ni” ujarnya sambil menoleh kembali ke arah Tengku Dzafril Haidhar.

“Selalu setakat 4-5 gelas tu biasa la. Ni sampai 8 gelas.... Okay dah up. 9 gelas. Apa kes?" ujar Zaqrul. Jelas bimbang melihat keadaan sahabatnya itu.

Fahim tersengih memandang ke arah Zaqrul dan Aqiem sebelum duduk semula di tempatnya. Menarik nafas panjang. "Apa masalah kau sebenarnya, Zaf? Bapa kau?" soalnya. Mula serius. Kelihatannya, seolah masalah besar yang dihadapi oleh Tengku Dzafril Haidhar sehingga membuatkan lelaki itu bertindak begitu.

Dia ketawa kecil mendengar soalan yang diajukan oleh Fahim. Serentak menghentak gelas kosong di tangannya ke atas meja. Menoleh ke arah lelaki itu yang masih memandangnya. “Kau tahu apa? Hidup aku dah musnah. Kau tahu kan selama ni, aku memang tak nak terikat dengan mana-mana perempuan. Tapi kenapa?.......” kata-katanya terhenti sejenak di situ sebelum tersenyum sinis. “Aku benci dia!" jerit Tengku Dzafril Haidhar.

Aqiem menarik nafas panjang. "Tak baik kau cakap macam tu. Apapun, dia tu kan bapa kau. Tak baik benci bapa sendiri" ujarnya.

"Betul tu Zaf. Kau tak boleh cakap macam tu dekat bapa kau" ujar Zaqrul pula menyokong kata-kata Aqiem.

Tengku Dzafril Haidhar mendengus keras. "Aku bukan cakap pasal papa aku la!" tempiknya serentak membuatkan ketiga-tiga sahabatnya yang lain terdiam. Dia memandang ketiga-tiga mereka. "Tunang aku" ujarnya perlahan sebelum tersandar di sofa. Memejam matanya sambil menarik nafas panjang. Memikirkan tentang hal itu membuatkan dia diamuk perasaan marah.

Berkerut dahinya mendengar kata-kata lelaki itu. Buat seketika masing-masing terdiam kaku. Saling berpandangan antara satu sama lain. Tercengang? Ya mungkin. Tercengang dengan apa yang baru didengari oleh mereka. Agh, mungkin perasaan aku je kot? Aku salah dengar. Memikirkan dia sudah tersilap, Aqiem gagal menahan rasa ketawanya membuatkan dia tergelak sendiri.

Zaqrul dan Fahim yang masih memberi perhatian ke arah Tengku Dzafril Haidhar pantas beralih memandang ke arah Aqiem yang sedang ketawa sendiri.

"Apasal kau gelak?" soal Fahim hairan. Nada suaranya kedengaran serius. Aqiem dilihatnya sedaya upaya mencuba untuk menahan dari ketawanya terus meletus. Kembang kempis hidung lelaki itu sebelum mengeleng perlahan.

"Tak ada. Aku dengar Zaf cakap tunang dia. Aku dah lama tak korek telinga agaknya" ujar Aqiem lantas berterus terang. Digaru-garu kepalanya sambil menahan ketawa yang masih bersisa.

Berkerut dahi Fahim mendengar jawapan Aqiem itu sebelum menoleh ke arah Zaqrul. "Aku pun dengar dia cakap, tunang dia. Kau dengar apa Rul?" soal Fahim membuatkan ketawa Aqiem mati. Menoleh ke arah Zaqrul.

"Aku pun dengar dia cakap tunang" ujar Zaqrul pula.

Sekali lagi mereka bertiga terdiam. Perlahan-lahan perhatian mereka diarahkan ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang sudah terlena di sofa. "Kau dah bertunang?!!" soal mereka bertiga kuat serentak membuatkan Tengku Dzafril Haidhar terjaga dek jeritan mereka bertiga. Terpisat-pisat dia memandang seorang demi seorang sahabatnya itu.

"Apa?" soalnya pula yang kurang jelas dengan soalan yang diajukan.

"Kau dah bertunang? Aku tak salah dengar kan?" soal Aqiem lagi.

Soalan dari Aqiem itu menyesakkan dadanya. Tengku Dzafril Haidhar kembali memejam erat matanya. “Tak. Kau tak salah dengar” jawabnya lemah membuatkan ketiga-tiga rakannya yang lain ternganga.

"Apasal tiba-tiba je weh? Apa cerita sebenarnya ni? Aaaa..aku tak faham" soal Fahim jelas kebingungan. Setahunya, Tengku Dzafril Haidhar tidak sukakan komitmen dengan perempuan.

"A'ah. Apasal tetibe je?" soal Zaqrul pula.

"Bapak aku pergi tunangkan aku dengan perempuan sial tu!" marah Tengku Dzafril Haidhar sambil melepaskan satu keluhan berat. “Yang aku tak pernah jumpa. Tak pernah kenal. Tiba-tiba dia muncul dalam hidup aku. Bagi aku masalah” ujarnya lagi sebelum meneguk minuman keras di gelasnya. Cukup serabut kepalanya memikirkan siapakah gadis yang ditunangkan secara tiba-tiba dengannya itu.

Fahim menjeling sekilas Zaqrul. "Susah aku nak percaya dia dah ada tunang" ujarnya.

Aqiem menarik nafas panjang. Masing-masing masih lagi terkejut dengan berita yang tidak disangka-sangka itu. Tengku Dzafril Haidhar, kasanova kelas pertama sudah bertunang dengan gadis pilihan keluarga. "Tengok keadaan dia sekarang, dia tak cakap bohong ni. Takkan lah dia mabuk sampai macam ni kalau tak ada masalah besar”.

Zaqrul menghela nafas panjang sebelum menoleh ke arah Fahim dan Aqiem. “Aku rasa dari keadaan tambah buruk duduk dekat sini. Baik kita bawa dia keluar. Dia dah mabuk teruk ni" Dia memberi cadangan.

Aqiem dan Fahim mengangguk sebelum bangun dan menarik Tengku Dzafril Haidhar untuk turut bangun namun lelaki itu pantas menolak kedua-duanya. "Apa ni? Aku belum mabuk lagi lah. Kau tengok, aku boleh drive kereta lagi" ujarnya sambil mengangkat kedua-dua tangannya. Gayanya seolah sedang memegang stering dan memandu kereta.

Fahim menggeleng perlahan kepalanya melihat keadaan lelaki itu sebelum memberi isyarat kepada Zaqrul supaya kembali mengangkat sahabatnya yang telah mabuk itu. "Kau ni pun, jangan lah minum banyak sangat lain kali kalau ya pun ada masalah. Banyak lagi cara lain kau boleh buat nak lepaskan stress" marahnya sambil memaut lengan Tengku Dzafril Haidhar yang sudah hampir tidak sedarkan diri.

Satu keluhan berat dilepaskannya. Dipandangnya Aqiem yang turut mengekori langkah mereka bertiga. "Dia datang sini tadi pakai apa Qiem? Driver dia hantar ke dia drive sendiri?" soal Zaqrul sedikit bimbang. Dia tahu Zaf pasti akan dimarahi Tan Sri Tengku Radzi sekiranya dia balik dalam keadaan mabuk.

"Dia drive. Kereta dia ada dekat depan tu" balas Aqiem sambil menyarungkan jaketnya.

"Habis tu macam mana nak hantar dia balik rumah dengan keadaan dia macam ni? Mana boleh drive ni? Risau pulak aku" soal Zaqrul lagi semakin bimbang. Mereka berempat sudahpun keluar dari Zeen Club menuju ke tempat letak kereta.

"Aku boleh drive sendiri lah!" tempik Tengku Dzafril Haidhar secara tiba-tiba sebelum pantas membongkokkan badannya. "Bluweekkk!!" serentak dia muntah membuatkan Fahim dan Zaqrul yang sedang memapahnya memekik kuat kerana terkejut.

"Eeeiii! Muntah pula budak ni. Macam ni kau kata, kau boleh drive sendiri? Jangan mengada-ngada, Zaf" marah Zaqrul sambil menggosok perlahan belakang tubuh lelaki itu.

"Nasib baik tak kena baju aku" ngomel Fahim. Membelek-belek bajunya.

"Aku rasa better dia balik kondo aku je lah malam ni. Payah kot nak hantar dia sampai Damansara sana. Cuma masalah sekarang, kereta dia tu macam mana? Siapa nak bawa?" soal Aqiem lagi sambil menekan punat pada alat kawalan jauh keretanya.

"A'ahlah. Dah lah kereta import. Takkan nak tinggal sini. Kalau hilang siapa nak tanggung" ujar Zaqrul.

"Kau bukan datang sini guna driver ke, Rul? Kau bawa lah kereta si Zaf ni ke kondo Aqiem. Lepas tu kau suruh lah driver kau ambil dekat sana" ujar Fahim memberi cadangan. Aqiem sudahpun membuka pintu keretanya sambil cuba membantu kedua-dua sahabatnya memasukkan Tengku Dzafril Haidhar yang sudah tidak sedarkan diri itu masuk ke dalam perut kereta.

Digarunya pangkal hidungnya yang tidak gatal. "Ah, okaylah kalau macam tu. Rumah Aqiem pun on the way ke rumah aku" ujar Zaqrul sebelum menyeluk kocek seluar jeans Tengku Dzafril Haidhar bagi mencari kunci keretanya.


***
Bulat mata Dato’ Qamal menerima berita pagi itu. Datin Marissa yang sedang menjamu selera di sisinya juga kelihatan terkejut.

"Apa? Larra tak ada dekat bilik dia?" soalnya meminta kepastian. Mak Siah mengangguk perlahan.

"Puas saya cari, Dato’. Sekitar rumah ni pun dah cari. Cik Larra tak ada" ujarnya bersungguh-sungguh. Usai mendapati Cik Larra tiada di bilik, dia segera menyuruh Nafisah mencari di sekeliling kawasan rumah pula. Namun ternyata gadis itu memang telah menghilangkan diri. Kerana itu dia bertindak melaporkan perkara itu kepada Dato’ Qamal.

"Saya tak percaya yang anak saya lari dari rumah ni. Saya nak pergi check sendiri" ujar Datin Marissa sebelum bingkas bangun dan berjalan menuju ke bilik Larra.

Berkerut-kerut dahi Dato' Qamal memikirkan perkara itu. Kehilangan Larra secara mengejut telah membuatkan selera makannya turut mati. Ke mana budak tu pergi? Takkanlah dia lari dari rumah? Perasaannya sudah bertukar jadi tidak enak.

"Siah, arahkan semua pekerja jumpa saya dekat ruang utama. Sekarang!" arahnya tegas sebelum bangun dan berjalan keluar menuju ke ruang utama. Mak Siah menganguk tanda faham sebelum berlalu pergi menjalankan arahan majikannya itu. Dia turut bangun menuju ke ruang utama.

Beberapa minit kemudian, Pak Mat masuk dengan wajah bimbang segera bertemu dengan Dato' Qamal di ruang utama yang sedang termenung.

"Ada hal apa ni, Dato'?"

Dia terdiam seketika. “Pak Mat ada hantar Larra ke mana-mana ke malam tadi? Tak pun pagi tadi?” soal Dato' Qamal.

Tercengang sejenak dia mendengar soalan dari majikannya itu. “Tak ada Dato'. Saya cuma ada hantar Cik Larra pergi beli barang semalam petang. Hari ni tak ada pula saya nampak dia” terang Pak Mat.

Jawapan Pak Mat itu menghampakannya. “Yang lain-lain? Ada nampak Larra?” soalnya sebelum menoleh memandang Pak Karim yang sekadar berdiam diri sejak tadi. Lelaki itu ditugaskan menjadi pengawal keselamatan rumahnya.

”Pak Karim takkan tak perasan dia keluar?” soal Dato' Qamal lagi.

"Saya berjaga malam tadi Dato' tapi saya pasti yang Cik Larra tak lalu pintu besar tu pun keluar. Saya tak nampak dia" jawab Pak Karim. Jujurnya, dia mula risau sekiranya jawatannya sebagai pengawal keselamatan rumah banglo itu akan dilucutkan kerana kehilangan anak perempuan Dato' itu.

"Habis kalau dia tak lalu gate, takkan dia boleh terbang pula!" jerit Datin Marissa tiba-tiba yang baru muncul di ruang itu membuatkan pantas Dato' Qamal menoleh memandang wajah kusut isterinya itu. Dia faham, wanita itu masih belum dapat menerima kehilangan Larra secara mengejut itu.

"Marissa, janganlah cakap macam tu dekat Karim. Kita tak tahu, Larra mungkin keluar ikut jalan belakang" ujarnya cuba untuk menenangkan Datin Marissa sudah duduk di sisinya dengan wajah sugul.

"Saya bukan apa, saya risau sangat ni. Saya tengok bilik dia. Telefon dan dompet dia semua tak ada. Tak pernah dia keluar senyap-senyap macam ni. Macam dia memang betul-betul larikan diri." ujar Datin Marissa meluahkan rasa bimbangnya.

Keluhan Datin Marissa membuatkan dia terdiam. Rasa bersalah mula menguasai dirinya. Larra sanggup melarikan diri semata-mata kerana menentang keputusan yang dibuat olehnya. Anak itu terlampau dimanjakan, desisnya. Telefon bimbitnya pantas dicapai. Cuba mendail nombor milik Larra. Dia mengeluh perlahan apabila panggilannya masuk ke peti suara pula.

"Ada tak bang?" soal Datin Marissa tidak sabar.

"Telefon dia off, budak ni memang betul-betul menguji sabar saya" ujar Dato' Qamal sambil mencuba lagi untuk mendail nombor milik Larra. Namun hampa. Panggilan itu masih tidak berjaya. Dia mematikan panggilan. Dalam diam, dia khuatir sesuatu yang buruk berlaku pada anaknya itu.

"Kalau tak sebab awak tunangkan dia secara paksa mesti benda tak jadi macam ni" marah Datin Marissa mula menyalahkan Dato’ Qamal. Itulah sebab utama Larra pergi meninggalkannya.

"Awak janganlah nak salahkan saya pula. Saya bukannya tahu, dia sampai nak lari dari rumah" balas Dato' Qamal pula cuba untuk mempertahankan dirinya.

"Apa kata kalau kita laporkan pada polis je Dato'?" Pak Mat cuba memberi cadangan apabila dilihatnya suasana semakin tegang. Dato' Qamal menoleh ke arahnya sebelum bangun lalu berjalan mundar mandir di ruang itu seolah berfikir.

“Tunggu apa lagi bang? Kita lapor pada polis je lah. Takut saya kalau dia diculik” sokong Datin Marissa. Baginya, itu adalah jalan terbaik.

Dato' Qamal menggeleng lemah sebelum menoleh memandangnya. "Tak boleh. Kalau sampai ke pengetahuan polis, panjang ceritanya nanti. Berita ni akan jejaskan syarikat saya. Silap-silap banyak pihak yang tak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan atas kehilangan Larra pula. Kalau betul, dia diculik, mesti dah ada orang yang telefon kita sekarang untuk minta wang tebusan. Tapi, tak ada kan? Bermaksud, Larra tak apa-apa” ujarnya kembali. Dia yakin anaknya itu selamat.

Datin Marissa menarik nafas panjang melihat sikap suaminya. "Abang lagi pentingkan imej syarikat dari keselamatan anak sendiri. Kalau Larra tu tak balik macam mana? Dahlah semua duit dia dalam bank abang bekukan. Dia nak makan apa?” balasnya.

"Bawa bersabar, Marissa. Bukan tu maksud saya. Cuba awak fikir. Larra tak pernah hidup susah selama ni. Awak ingat dia mampu ke nak hidup dekat luar sana tanpa duit dekat tangan? Nak bekerja? Kerja apa yang dia reti? Saya yakin, dia tak akan mampu duduk lama di luar. Awak percayalah cakap saya. Dia akan balik semula rumah ni” jawab Dato’ Qamal.

“Saya bimbang” ujar Datin Marissa yang sudah hendak menangis.

“Buat sementara waktu, saya akan kerahkan orang untuk cari dia. Kita doakanlah dia supaya sentiasa selamat” ujarnya sambil memandang Datin Marissa yang sudah menangis di sisi. Kasihan dia melihat keadaan isterinya itu.

Antara mahligai ego dan cinta 3

Saturday, 3 September 2011
Kereta mewah Pontiac Solstice dipandu laju masuk ke pekarangan banglo itu. Rasa mengantuk mula menguasai diri. Dia hanya ingin segera tidur. Pantas langkahnya diatur laju sejurus memasuki ruang utama banglonya.

"Pukul berapa baru reti balik rumah?!" tengking satu suara membuatkan langkahnya terhenti. Suara papa. Bukan sepatutnya papa balik esok ke? Perlahan tubuhnya dipalingkan. Benar seperti dijangkanya, Tan Sri Tengku Radzi sedang berdiri di situ sambil tepat memandangnya. Wajahnya kelihatan serius.

"Kamu tahu sekarang dah pukul berapa, Zaf?” soal papanya lagi.

Tengku Dzafril Haidhar menilik sekilas jam tangannya. "3.37 pagi" jawabnya.

Tan Sri Tengku Radzi mengangkat keningnya. "Pagi. Tahu pun dah pagi. Eh, Zaf ingat rumah ni apa? Kak Indah cakap, dah 3 hari Zaf tak balik langsung rumah. Betul ke?" soalnya dengan nada suara yang sedikit tinggi.

Tengku Dzafril Haidhar mendengus perlahan. Memang tak boleh pakailah Kak Indah ni. Pergi kantoikan pula. "Zaf tidur rumah Aqiem je. Bukan pergi mana pun" balasnya.

“Bukan papa dah banyak kali pesan ke yang papa tak suka Zaf buang masa lepak dengan kawan-kawan Zaf tu. Berpeleseran tak tentu hala. Duit habiskan dekat benda tak berfaedah. Perempuan keliling pinggang. Zaf bukannya budak-budak lagi. Dah besar pun. Sampai bila kamu nak terus macam ni?" soal Tan Sri Tengku Radzi lagi.

“Apapun yang Zaf buat dekat luar. Itu urusan Zaf. Zaf tak pernah masuk campur urusan papa. Jadi dengan siapa pun Zaf nak kawan, apapun aktiviti Zaf. Papa jangan masuk campur. Dari Zaf kecil, sampai sekarang yang papa fikir cuma kepentingan syarikat”

“Zaf!” tempik papanya. Dia menarik nafas dalam sebelum melepaskan kembali. Dia tahu, anaknya itu jadi begitu kerana salahnya. Namun dia hanya mahu memberikan yang terbaik. “Papa tak akan bising, kalau kamu reti bezakan masalah peribadi dengan kerja. Masalah sekarang, kamu tak fokus langsung dengan kerja kamu. Kamu leka dengan benda-benda macam ni” ujarnya sambil mengangkat sampul kuning di tangan kirinya.

Bulat mata Tengku Dzafril Haidhar sebelum bergerak menghampiri papanya. Mencapai sampul di tangan lelaki itu sebelum mengeluarkan isinya. Memandang satu persatu gambar di tangan. "Oh no! No! You can't do this to me! Papa hired orang intip Zaf!!" soalnya kembali dengan nada suara sedikit meninggi tanda protes.

Mengangguk perlahan. Baginya itu adalah jalan terbaik. "Zaf jangan ingat, papa tak ada dekat Malaysia, Zaf boleh buat sesuka hati Zaf. Masa depan syarikat kita bergantung pada Zaf. Kamu masih tanggungjawab papa. Jadi papa berhak untuk tahu segala aktiviti kamu. Ni semua bukti yang Zaf tak fokus langsung dengan syarikat. Kerja semua tak jalan”

Tengku Dzafril Haidhar mendengus geram. "Zaf bukan budak kecil lagi! Zaf tahu apa yang Zaf buat"

"Tak! Kamu tak tahu apa yang kamu buat sekarang ni bagi kesan buruk dekat imej syarikat. Sikap sambil lewa kamulah yang akan hancurkan apa yang keluarga kita bina selama ni. Vermilion bukan syarikat kecil. Macam mana ahli lembaga pengarah lain nak sokong Zaf ambil alih tempat papa? You do not take the responsibility as the owner" balas Tan Sri Tengku Radzi.

"Zaf belum sedia nak ambil alih!" Tengku Dzafril Haidhar cuba bersuara.

"Sampai bila baru kamu sedia? Takkan kamu nak, syarikat tu jatuh dekat tangan orang lain! Kenapalah kamu ni degil sangat. Tak macam Hakimi"

Kenyataan yang baru dikeluarkan oleh papanya itu membuatkan dia merasa terpukul. Sekaligus mencabar egonya. Sejak kecil dirinya seringkali dibanding-bandingkan dengan Hakimi, anak mummy dengan suami keduanya selepas bercerai dengan papa. Hakimi baik tapi Zaf nakal. Hakimi ketua pengawas dan Zaf sebaliknya. Dia sudah muak dengan perbandingan itu. Hakimi menyebabkan aku membesar tanpa kasih sayang seorang ibu.

"Enough! Kalau papa rasa, Hakimi tu calon terbaik. The best for you, then why not you just give him my place? Habis cerita. Zaf dah muak orang banding-bandingkan Zaf dengan dia" ujar Tengku Dzafril Haidhar sebelum pantas berpaling menaiki tangga meninggalkan papanya.

"Zaf! Bukan tu maksud papa. Zaf!" jerit Tan Sri Tengku Radzi. Namun Tengku Dzafril Haidhar sedikit pun tidak menghiraukan panggilan darinya.

"Zaf!" panggilnya lebih kuat.

Hampa. Lelaki itu telahpun menghilang sebelum kedengaran pintu bilik dihempas kuat. Menarik nafas panjang. Sedikit kesal. Dia sama sekali tidak bermaksud untuk mengguris perasaan anaknya namun dia benar-benar berharap Zaf akan sedar betapa tingginya harapan yang diletakkan pada anak lelaki tunggalnya itu.

Tengku Dzafril Haidhar menghempaskan tubuhnya ke katil. Rasa marahnya masih membuak-buak. Sudahlah intip semua pergerakan aku, lepas tu nak bandingkan aku dengan Hakimi. Papa tak tahu ke yang aku benci budak tu? Hakimi ada segala-galanya. Dibesarkan penuh kasih sayang dari orang sekeliling. Aku? Papa cuma kisah sebab aku pewaris tunggal dia.“Tak ada orang akan faham” wajahnya diraup perlahan.

Satu-satu cara untuk aku hilangkan rasa sunyi cumalah dengan keluar dengan kawan-kawan aku. Dia mengeluh sambil memejam erat matanya. Tersenyum tawar. Matanya kembali dibuka sebelum menoleh ke sisi. Dia bangun lalu menarik laci di meja berhampiran katilnya. Rantai emas putih berloket huruf L dan A itu dikeluarkan sebelum ditilik penuh minat.

“Apa maksud huruf L dan A pada rantai ni?" soalnya sendiri. Dia lupa tentang papanya. Hilang terbang segala rasa amarahnya. Yang tinggal hanyalah tanda tanya tentang identiti pemilik rantai tersebut. Entah mengapa sejak kejadian tempohari, dia tidak dapat melupakan gadis berbaju putih itu. Buat pertama kalinya, berdepan dengan gadis yang bersikap dingin dengannya. Gadis itu benar-benar menguji ego lelakinya.


***
Setiausahanya menyambut ketibaannya di pejabat dengan senyuman pagi itu. "Selamat pagi. Dato'. Ada tetamu nak jumpa" ujar Hani.

Langkahnya terhenti seketika memandang setiausahanya hairan. "Dia ada buat appointment?' soal Dato' Qamal. Dilihatnya Hani menggeleng. "Kalau tak ada, suruh dia buat appointment dulu. Saya tak ada masa sekarang" tegasnya sebelum mula melangkah ingin segera masuk ke biliknya.

"Tapi, ni kawan Dato' " beritahu Hani lagi membuatkan dia tidak jadi untuk terus melangkah. Menoleh kembali. "Tan Sri Tengku Radzi. Dia kata ada hal penting nak dibincangkan dengan Dato' " sambung Hani tanpa dipinta.

Dato’ Qamal mengerutkan dahinya. Mengangguk perlahan. “By the way, saya tak ada meeting kan pagi ni?" soalnya.

Hani mencapai diarinya sebelum membelek seketika. "Tak ada, tapi pukul 2 petang nanti ada meeting dengan unit pelancongan. Ada apa-apa perubahan ke Dato’?" soal Hani kembali memandangnya.

Pantas menggeleng. "Buatkan kopi macam biasa. Cakap dengan Tengku Radzi, saya tunggu dalam bilik" arah Dato’ Qamal sebelum berlalu masuk ke biliknya.

Tan Sri Tengku Radzi mengucapkan terima kasih kepada Hani sebelum bangun dan melangkah menuju ke bilik yang tertulis nama Dato’ Qamal di pintunya. Hani membukakan pintu sebelum mempersilakannya masuk. Kedatangannya disambut mesra oleh sahabat baiknya itu.

"Lama dah tunggu?" soal Dato' Qamal sambil bangun dan bersalam dengan Tan Sri Tengku Radzi sebelum mempersilakan lelaki itu duduk.

“Tak adalah. Maaflah datang mengejut. Tak beritahu kau nak datang awal-awal” ujar Tan Sri Tengku Radzi kembali.

Tersenyum. “Hal kecil je lah. Kau mesti ada hal penting nak bincang ni kan” ujar Dato’ Qamal kembali. Lelaki itu dilihatnya mengangguk. Wajahnya jelas kelihatan tidak ceria membuatkan dia dapat menghidu ada sesuatu tidak kena sedang berlaku. “Kau okay ke tak ni, Zi?” soal Dato’ Qamal lagi. Ketukan di pintu mematikan perbualan mereka. Hani masuk sambil meletakkan dua cawan kopi di hadapan mereka.

Setelah Hani keluar, dia menarik nafas panjang sambil memandang Dato’ Qamal. “Pasal Zaf. Dari dia habis study dekat UK, sampai sekarang tak pernah ambil berat pasal syarikat. Aku tak nak dia hilang fokus uruskan hotel tu. Kau pun tahu kan, masa depan beribu-ribu pekerja bergantung pada prestasi syarikat. Kalau dia macam ni, aku takut apa yang aku dah bina selama ni sia-sia" beritahu Tan Sri Tengku Radzi mula meluahkan rasa gelisah yang terbuku di hatinya.

Dato' Qamal memandang lama wajah sahabatnya itu sebelum membongkokkan sedikit tubuhnya bagi mencapai cawan di hadapannya. "Kau tak cuba bincang dengan dia?"

"Banyak kali dah tapi sama je. Aku tahu Zaf tu sebenarnya sunyi. Sebab tu dia selalu keluar lepak dengan kawan-kawan. Silap aku juga. Dia dibesarkan dalam keluarga yang tak sempurna. Dia tak pernah rasa kasih sayang mak dia. Aku pula selalu sibuk. Kadang-kadang aku kesian tengok dia. Sebab tu lah kalau boleh aku nak kita cepatkan plan kita”

Dia menarik nafas panjang. Memikirkan semula kebenaran kata-kata sahabatnya itu. dia tahu, anak tunggal sahabatnya itu dibesarkan dalam keluarga yang tidak sempurna. Sahabatnya seorang yang sangat sibuk. Kadang-kadang berbulan-bulan di luar negara menguruskan syarikat di sana. Manalah ada masa hendak diberikan pada Zaf. Bekas isteri lelaki itu pula, selepas bercerai langsung tidak mengambil tahu tentang Zaf.

“Aku risau satu benda je. Perempuan-perempuan yang selalu dengan Zaf tu macam mana pula?” soal Dato’ Qamal kembali. Dia tahu anak lelaki sahabatnya itu ramai perempuan.

Tersenyum tawar. “Soal itu kau tak perlu bimbang. Aku ada upah orang untuk selidik. Zaf tak pernah ada hubungan serius dengan mana-mana perempuan yang dia keluar sekarang. Berdasarkan maklumat yang aku dapat, Zaf takutkan hubungan serius dengan perempuan. Mungkin, dia rasa perkahwinan tu tak seindah apa yang diperkatakan selepas apa yang jadi antara aku dengan Zahnita. Sebab itu lah aku nak dia berkahwin. Supaya dia tahu, perkahwinan tak seteruk yang dia sangka” ujar Tan Sri Tengku Radzi.

Dato’ Qamal terdiam sejenak. Cuba berfikir. “Mungkin betul. Zaf perlukan seseorang untuk ubah perspektif fikiran dia. Tapi, kau yakin ke selepas berkahwin dia bakal berubah? Larra sendiri pun aku tak berapa yakin dengan dia, Zi” ujarnya sebelum tersenyum tawar.

Berkerut kening Tan Sri Tengku Radzi mendengar kata-kata sahabatnya itu. “Soal itu, aku tak tahu. Buat masa sekarang, ini je lah jalan terbaik yang aku mampu fikir untuk selamatkan Zaf dari terus leka. Aku tak nak dia terus hidup tak tentu arah macam tu” kata-katanya terhenti sejenak di situ. Memandang wajah Dato’ Qamal yang juga kelihatan sedang memikirkan sesuatu. “Apa maksud kau tak yakin dengan Larra?” sambungnya lagi.

“Dia mengelak untuk tinggal dekat sini. Sebolehnya nak menetap dekat luar sana. Nak tunggu dia balik sini pun, payah. Aku kalau boleh, nak dia balik uruskan syarikat. Bila aku cakap, macam-macam alasan dia bagi. Sampai satu tahap aku buntu. Mungkin selama ni aku terlampau manjakan dia” ujar Dato’ Qamal kembali.

“Kronik juga. Habis, takkan selama-lamanya dia nak duduk dekat oversea. Syarikat kau tu, siapa nak ambil alih kalau bukan dia” ujar Tan Sri Tengku Radzi.

“Itulah yang aku risaukan. Aku perlukan sesuatu, you know...alasan yang kukuh untuk dia terus tinggal dekat sini. Sebab tu lah aku setuju untuk kahwinkan dia dengan Zaf” ujar Dato’ Qamal pula. Walaupun dia tahu Larra mungkin akan memberontak, namun dia tiada pilihan lain. Dia perlu berbuat sesuatu untuk menghalang gadis itu untuk pulang ke Kota London.

“Ni, Mal. Aku nak tanya sikit. Larra tu, tak ada boyfriend ke? Aku memang setuju kalau dia jadi menantu aku. Cuma, aku risau kalau Larra tak setuju. Ye lah, budak sekarang ni bukan suka bila orang tua jodohkan. Aku tak nak kemudian hari, Larra salahkan kita sebab halang kebahagiaan dia. Lainlah kes macam Zaf. Tu darurat. Kalau aku tak buat macam tu sampai bila-bila tak nak kahwin” ujar Tan Sri Tengku Radzi sambil ketawa kecil. Setahunya, anak gadis Dato’ Qamal seorang yang cantik. Mustahil gadis secantik itu belum ada yang berpunya.

Dia turut ketawa mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. “Larra tak pernah ada boyfriend” ujar Dato’ Qamal kembali.

“Eh, kau jangan main-mainlah. Takkanlah anak kau tak ada sesiapa. Larra tu cantik budaknya. Ke, dia sorokkan dari pengetahuan kau. Kau yang tak tahu ni” ujar Tan Sri Tengku Radzi lagi. Semakin hairan. Apa kurangnya dengan gadis itu? Jika difikirkan, dengan wajah seperti Larra, pasti ramai lelaki yang beratur ingin menjadi kekasih hatinya.

Menggeleng perlahan. “Memang tak ada. Larra tu anak aku. Aku tahulah perangai dia. Lagipun, aku dengan Marissa tak pernah halang dia untuk pilih teman hidup sendiri selama ni. Kami sangat open. Tapi Larra ni dingin dengan setiap lelaki yang cuba nak dekat. Dari dulu sampai sekarang sikap dia masih tak berubah. Jual mahal. Hish, kalau macam tu sampai bila-bilalah aku tak bercucu” ujarnya kembali.

Tersenyum. “Jadi kau setuju kalau kita cepatkan plan kita?” soal Tan Sri Tengku Radzi.

Memandang seketika wajah lelaki itu sebelum menarik nafas panjang. Terdiam sambil otaknya memikirkan tentang keputusan yang perlu diambil. Perlahan dia mengangguk. “Dia satu-satunya anak perempuan aku. Dari kecil aku manjakan dia. Kalau boleh, aku tak nak memaksa soal perkahwinan. Cuma kali ni, aku terpaksa. Aku harap bila dia dah berkeluarga di sini, sekurang-kurangnya tak adalah alasan untuk dia tinggal di luar negara lagi”

"Bila Larra nak balik sini?” soal Tan Sri Tengku Radzi.

Tersenyum tawar. “Larra baru je balik beberapa hari lepas, tapi katanya balik tak lama. Minggu depan dah nak balik semula ke sana”

“Minggu depan? Sekejapnya dia balik”

“Memang pun. Erm, Zaf tahu tak pasal hal ni?” soal Dato’ Qamal.

“Dia tak tahu. Apapun yang terjadi, aku tetap nak dia berkahwin. Samaada dia suka atau tau, dia perlu berkahwin. Ada lah caranya aku nak buat dia setuju”


***
Larra memicit kepalanya yang terasa pening. Kereta yang dipandu oleh Pak Mat sudah masuk ke pekarangan banglonya. Sebuah kereta Mercedes hitam kini berselisih dengan kereta yang dinaikinya. Sedang bergerak keluar. Berkerut keningnya memandang kereta itu yang sudah semakin menjauh. "Siapa tu, Pak Mat?" soalnya.

"Entah, Pak Mat pun tak cam pemandunya tadi"

Dia lalu keluar dari kereta dan berjalan masuk ke banglonya. Ketibaannya petang itu disambut oleh senyuman mama dan papanya. Kedua-duanya kelihatan gembira. Larra turut tersenyum sebelum turut duduk berhampiran mamanya. "Siapa datang tadi? Mama dengan papa nampak happy je ni" soal Larra.

Datin Marissa terdiam sejenak sebelum menjeling sekilas Dato’ Qamal. Lelaki itu mengangguk. Dia kembali memandang ke arah Larra yang masih menunggu jawapannya.

“Uncle Radzi. Larra masih ingat?” dapur semula.

Larra mengerutkan dahinya. Cuba berfikir sejenak. “Kawan baik papa masa study dulu kan?” soal Larra. Dilihatnya mama mengangguk.

Dato’ Qamal menarik nafas panjang sebelum duduk membongkokkan sedikit tubuhnya. Dia berdehem perlahan. “Erm, Larra. Sebenarnya papa dengan mama ada benda nak cakap” ujarnya. Nekad dia mahu gadis itu mengikut kata-katanya.

Berkerut keningnya memandang mamanya yang tampak serba salah. Dia kembali memandang papanya. Lelaki itu kelihatan serius. Sepertinya ada sesuatu yang telah dilaksanakan tanpa pengetahuannya. Perasaannya mula bertukar tidak enak. "Hal apa, papa? Mama?” soal Larra.

Dipandangnya lama wajah Larra sebelum melepaskan satu keluhan berat. “Sebelum tu, papa nak Larra tahu. Yang kami buat semua ni untuk kebaikan kamu. Untuk masa depan kamu” ujar Dato’ Qamal sebelum kata-katanya terhenti sejenak di situ. Memalingkan wajahnya dari terus memandang wajah anak kesayangannya itu. Tidak sanggup rasanya hendak memberitahu berita yang pastinya meruntun jiwa Larra. “Kami dah tunangkan kamu dengan anak Uncle Radzi” sambungnya. Nada suaranya kedengaran tegas.

Bulat matanya mendengar kenyataan itu. Bagaikan terbangun dari mimpi panjang, dia tidak percaya kedua orang tuanya tega membuat keputusan sebesar itu tanpa bertanyakan dirinya terlebih dahulu. Menggeleng laju. Cuba menidakkan apa yang didengarnya tadi. “Tak...Tak mungkin. Tak mungkin mama dengan papa sanggup buat macam ni dekat Larra” ujarnya sebelum pantas memegang tangan Datin Marissa yang sekadar berdiam diri dari tadi.

“Ma. Berita pertunangan ni tak benar kan? Papa dengan mama gurau je kan?” soalnya lagi. Sedaya upaya cuba menolak kenyataan itu.

Datin Marissa memandang simpati Larra di sisinya. Satu keluhan berat dilepaskan sambil mengeluarkan kotak kecil baldu biru. Perlahan kotak itu dibuka. Dia mengunjukkan cincin emas yang dihiasi berlian halus itu kepada Larra. “Ni cincinnya. Tanda Larra sudah bertunang” ujarnya perlahan.

Kaku. Jadi semuanya benar. Air liur ditelan melepasi kerongkong. Terasa kelat. “Papa dengan mama tak sepatutnya buat Larra macam ni. Buat keputusan tanpa tanya Larra. This is unfair. I’m not doing this” ujarnya sebelum bingkas bangun dan berdiri. Memandang papa dan mamanya. “Larra balik petang ni” sambungnya sebelum pantas berpaling lalu berjalan ingin segera ke biliknya. Hatinya yang sedang membara cuba dikawal.

"I'm not done yet, Larra Adlea!” ujar Dato’ Qamal dengan suara yang sedikit kuat membuatkan langkah Larra terhenti. “Semua visa, pasport dan segala aset kamu dalam bank, dah dibekukan. You can't go out from this country anymore!"

Pantas berpaling memandang ke arah papanya. Dia benar-benar diamuk rasa marah. Air matanya sudah bertakung. “What’s wrong with you? Mula-mula, papa tipu Larra balik sini dengan alasan mama sakit. Larra tahu mama tak sakit pun. Then, papa tunangkan Larra senyap-senyap. Tanpa tanya Larra setuju atau tak. And now! Papa bekukan aset Larra? Larra tak sepatutnya percayakan papa in the first place!”. Nada suaranya sudah meninggi. Perlahan air matanya mengalir deras membasahi pipi.

“Papa tak ada pilihan lain, Larra. Kamu satu-satunya pewaris yang papa ada. 9 tahun papa lepaskan kamu hidup berjauh dari keluarga. Kamu ingat kami happy? Sampai bila kamu nak mengelak macam ni? Hidup sentiasa dihantui kisah silam” Wajah gadis itu yang sudah basah dengan air mata langsung tidak mampu membuatkan dia bertukar fikiran. Kalau dia tidak bertegas, sampai bila-bila pun Larra pasti tidak akan mahu berubah.

Datin Marissa bingkas bangun mendapatkan anaknya. “Larra, bawa bertenang. Mama dengan papa buat semua ni untuk kebaikan Larra. Sebab kami sayangkan kamu”

“No. This maybe the best for you but not for me. Im not ready for any commitments. Especially with a guy! Apapun yang terjadi. Larra tak akan setuju dengan pertunangan ni. Apatah lagi nak berkahwin dengan lelaki tu. Never!” ujarnya sebelum pantas berjalan menuju ke biliknya.

“Larra!” panggil Datin Marissa. Gadis itu tidak mempedulikannya. Terus menghilang sebelum kemudian kedengaran pintu biliknya dihentak kuat. Dia mengeluh perlahan sebelum duduk di sisi suaminya. Wajah lelaki itu kelihatan kusut.

"Abang pasti ke, apa yang kita buat ni yang terbaik untuk dia?"

Termenung lama dia sebelum menjawab soalan isterinya itu. "Mungkin susah untuk dia terima, tapi apa yang abang buat ni bukan sebab abang pentingkan diri sendiri. Abang fikirkan dia. I just want her to have her normal life again. That's all”


***
Tengku Dzafril Haidhar bersiul kecil di kamar mandi sebelum masuk ke biliknya semula. Papanya bakal terbang ke Tokyo malam ni. Bermaksud, dia bebas untuk melakukan aktivitinya. Tersenyum gembira. Rambutnya di sisir rapi sebelum wangian berjenama kegemarannya disembur ke tubuh. Semerbak kini ruang biliknya diresapi dengan aroma 'Lacoste' itu. Setelah siap berpakaian dia kembali memandang dirinya di cermin sebelum memandang jam tangannya yang sudah menunjukkan angka 8 malam.

"Alamak, dah lambat" getusnya. Lalu pantas dia bingkas mengambil barang-barang peribadinya di atas meja dan berlalu keluar dari bilik. Ketika dia hendak keluar, namanya tiba-tiba dipanggil membuatkan dia tidak jadi untuk meneruskan langkah. Papanya kini sedang duduk di ruang rehat sambil memandangnya. Wajah lelaki itu kelihatan serius.

"Nak pergi mana?" soal Tan Sri Tengku Radzi.

"Errr. Nak jumpa kawan"

"Mari duduk sini kejap. Papa ada hal nak dibincangkan" arahnya.

Dia mengerling sekilas ke arah jam tangannya. Aduh! Aku dah lewat 15 minit ni. Matilah aku kalau Mira mengamuk. "Pa, Zaf kena cepat ni. Dah janji dengan kawan. Kita bincang nanti je lah" balasnya.

"Zaf!" tempik Tan Sri Tengku Radzi menyebabkan Tengku Dzafril Haidhar kembali memandangnya. Wajah anak lelakinya itu kelihatan serba salah. "I said come here" tegasnya.

Tengku Dzafril Haidhar menarik nafas panjang sebelum mengeluh perlahan. Nampaknya terpaksa dia membatalkan niat untuk keluar bersama Mira malam ini. Dalam terpaksa dia berjalan menghampiri papanya sebelum duduk di hadapan lelaki itu.


***
Sendirian dia menangis di tepi birai katil itu mengenang nasib dirinya. Sakit sungguh hatinya. Sungguh dia tidak menyangka papa dan mama sanggup membuat keputusan sebesar itu tanpa bertanyakan dirinya terlebih dahulu. Hanya kerana ingin aku berkahwin dengan lelaki pilihannya, papa sanggup bekukan semua aset aku. Tidak mungkin aku mampu untuk larikan diri dari kisah silam lagi. Terbayang peristiwa hitam yang merubah sejarah hidupnya, 9 tahun lepas. Kerana peristiwa itu, aku hidup bagaikan pelarian sehingga kini. Dia memejam erat matanya. Air matanya tak henti mengalir dari tadi. Ketukan di muka pintu membuatkan dia tersedar dari lamunannya.

“Jangan ganggu saya. Saya dah cakap saya tak nak makan!”jeritnya.

Serentak ketukan di pintu terhenti sebelum kemudian pintu dikuak dari luar membuatkan dia mula terasa ingin marah. Ish, tak faham bahasa ke? Dah cakap jangan ganggu, dia pergi buka pintu pula! "Kan saya......" Larra terdiam apabila mamanya muncul di sebalik muka pintu sambil menatang dulang.

Dipandang wajah sembap Larra. Mata gadis itu kelihatan merah. Rasa kasihan pula dia melihat anaknya dalam keadaan begitu. "Mama minta maaf sebab ganggu Larra" ujar Datin Marissa lembut sebelum menutup kembali pintu dan berjalan masuk mendapatkan gadis itu. Duduk di sisi Larra. Sempat dia memerhati keadaan bilik yang bersepah. Dia pasti anaknya itu mengamuk sakan tadi. Dia menarik nafas sebelum melepaskan kembali.

"Mama bawakan makanan. Dari petang tadi Larra tak makan. Makanlah sikit" pujuknya. Larra sekadar berdiam diri. Tidak menjawab. Dia tahu Larra masih marahkannya. Dulang yang dibawanya itu diletakkan di atas meja. Cuba memikirkan ayat terbaik untuk memulakan bicara.

“Larra sebenarnya dah ada pilihan sendiri ke?” soalnya.

Menoleh ke arah mamanya dengan pandangan sayu. Menggeleng lemah. “Tak ada. Larra cuma belum bersedia. Kenapa mama dengan papa sanggup buat Larra macam ni. Larra tak kenal pun lelaki tu” soal Larra kembali.

Menarik nafas panjang. “Mama dengan papa cuma mahukan yang terbaik buat Larra. Lagipun, mama tak nak berjauhan dengan anak mama lagi. Sebab tu kami terpaksa buat tindakan macam ni” ujar Datin Marissa lagi.

“Larra tak boleh terima. Apapun alasan mama dengan papa, Larra tak akan setuju dengan pertunangan ni” balasnya kembali.

Berkerut kening Datin Marissa. “Anak Uncle Radzi tu sepadan dengan kamu. Kamu belum kenal lagi dia. Memanglah kata tak nak. Cuba Larra kenal-kenal dulu dengan dia” Perlahan rambut Larra dibelai penuh kasih sayang. Gadis itu sekadar berdiam diri. Dulang makanan yang diletakkan di atas meja sebentar tadi diambil kembali. “Larra makan sikit ya, nak” ujarnya. Ingin memujuk Larra untuk makan.

“Larra tak lapar, mama"

Datin Marissa memandang lama wajah lesu dan mata Larra yang membengkak itu. Sebagai ibu, dia kasihankan Larra namun dia tidak mampu berbuat apa-apa. Dia harus taat pada suami. "Mama tak sanggup tengok Larra macam ni. At least makanlah sikit. Larra tak sayang mama ke? Penat mama bawakan makanan ni untuk Larra" pujuknya lembut.

Dia menyapu air matanya yang mengalir. Menoleh memandang ke arah mamanya. “Kalau mama sayangkan Larra, mama tak akan paksa Larra untuk berkahwin dengan lelaki tu” balas Larra kembali.

"Mama tahu, Larra susah hati pasal pertunangan tu tapi Larra kena jaga kesihatan juga. Soal pertunangan tu, jangan difikirkan sangat. Larra makanlah sikit" pujuknya lagi. Sudu berisi nasi itu disuakan ke arah Larra.

Dia terpaksa akur dengan permintaan mamanya. Perlahan dia mengunyah makanan itu sebelum menelannya. "Mama, tolong Larra pujuk papa supaya batalkan pertunangan ni. Please?" rayu Larra sambil memegang erat tangan mamanya.

Datin Marissa terdiam seketika. Dia tersepit kini. Dia mahu anaknya itu berkahwin tetapi dalam masa yang sama dia juga kasihankan Larra. Walau apa pun, dia yakin, suaminya tidak akan berubah fikiran semudah itu. Dia tertunduk lemah. "Mama tak boleh buat apa-apa, sayang, Kalau papa cancel kan, apa pula pihak keluarga Uncle Radzi tu kata nanti" balasnya.

Menghela nafas panjang. "Tak apalah mama, Larra dah kenyang. Larra cuma nak bersendirian sekarang" pintannya sambil melemparkan pandangan jauh ke luar tingkap.

Dia tahu anaknya itu marah dah kecewa mendengar jawapannya. Namun seandainya Larra faham, ini semua dilakukan demi kebaikan dia. Perlahan-lahan dia meletakkan kembali sudu ke pinggan. "Baiklah. Larra rehatlah dulu. Mama keluar dulu ya" ujarnya lembut sebelum mencium lembut dahi gadis itu. Berlalu pergi meninggalkan Larra sendirian

Air mata di pipi pantas diseka. Aku tak boleh terus berharap lagi. Tak ada sesiapa pun dalam rumah ni yang boleh tolong aku. Aku mesti buat sesuatu! Dia lantas bangun dan menuju ke arah balkoni.


















Antara mahligai ego dan cinta 2

"Cik....Cik. Bangun Cik"

Larra membuka matanya apabila dirinya dipanggil. Dilihatnya kini Pak Mat sedang tersenyum memandangnya. Dia menggeliat kecil sebelum membetulkan duduknya dan memandang ke sekeliling. Tubuhnya benar-benar letih.

"Dah sampai dah Cik" ulang Pak Mat. Wajah Larra tampak lesu. Mungkin kepenatan.

Perlahan tubuhnya dibawa keluar dari perut kereta. Sempat dia memerhati suasana sekeliling rumah yang pernah ditinggalkannya. Banglo dua tingkat itu masih sama seperti dahulu. Tidak banyak yang berubah. Peristiwa lama kembali bermain-main di fikirannya mula mencuit kenangan yang telah lama dia tinggalkan. Satu keluhan berat dilepaskan sebelum menoleh sekilas ke arah Pak Mat yang sedang mengeluarkan bagasinya. Langkahnya diatur menuju ke pintu utama.

Terasa janggal pertama kali menjejakkan kaki semula ke rumah itu setelah sekian lama. Kedatangannya disambut Mak Siah, pembantu rumah yang berkhidmat dengan keluarganya sejak dia kecil lagi.

“Assalamualaikum” ujar Larra sambil tersenyum.

Lama dia mengamati wajah gadis muda di hadapannya itu. Macam biasa nampak. Namun dia gagal mengenalpasti identiti gadis itu. "Waalaikumussalam. Nak jumpa Datin ke?" soal Mak Siah.

Belum sempat Larra menjawab, Mak Siah terlebih dahulu berkata-kata. "Cik duduklah dulu. Saya buatkan air. Biar saya panggilkan, Datin" sambung wanita itu lagi sebelum ingin berlalu pergi. Berkerut dahi Larra. Sedikit hampa. Takkan 9 tahun aku tak balik sini, Mak Siah dah tak kenal aku.

"Kau tak kenal ke siapa ni, Siah?" soal Pak Mat yang baru masuk sambil membawa bagasi milik Larra.

Kakinya tidak jadi melangkah. Memandang hairan ke arah Pak Mat sebelum kembali memandang ke arah gadis muda di hadapannya. Pastinya gadis itu seseorang yang mereka berdua kenali sehingga lelaki itu menegurnya begitu. Lama dia mengamati wajah gadis itu yang semirip Datin Marissa. Bagai nak gugur jantungnya apabila menyedari gadis di hadapannya itu adalah cik mudanya. Dia kaget sejenak sebelum penyapu di tangannya terlepas dari pegangan lalu jatuh ke lantai.

"Cik Larra ke?" soal Mak Siah. Gadis itu sekadar tergelak kecil sambil mengangguk sebelum menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya. Huluran salam dari gadis itu menambahkan rasa hairannya. Namun dia bersalam juga dengan gadis itu sebelum mengerling sekilas ke arah Pak Mat di sisi yang sekadar tersenyum memandangnya. Kelakuan gadis itu benar-benar membingungkannya. Sangat berbeza dari diri gadis itu yang pernah dikenalinya dahulu.

"Maaflah. Tangan Mak Siah kotor” ujarnya.

Larra tersenyum. “Tak apa. Erm, mama mana?”

Mak Siah terdiam sejenak. Luar biasa budak ni boleh cakap lembut-lembut pula dengan aku. "Errr.. Datin? Ada dekat dalam. Nak Mak Siah panggilkan ke, Cik?"

Pantas menggeleng. "Tak payah. Biar saya pergi jumpa dia sendiri" ujar Larra.

Mak Siah mengangguk sambil tersenyum. "Datin dekat dapur rasanya tadi. Cik pergilah jumpa Datin. Biar Mak Siah hantar beg ke bilik Cik" ujarnya sambil terus berlalu.

Larra mengerutkan dahinya. Mama boleh turun dapur? Dah sihat ke? Persoalan demi persoalan mulai bermain-main di fikirannya. “Kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu, Cik” ujar Pak Mat. Larra sekadar tersenyum dan mengangguk. Lelaki itu kini sudah berjalan meninggalkannya sendirian di ruang itu.

Dia mengambil kesempatan itu untuk memerhati segenap ruang itu. Tersenyum sendiri sebelum mula melangkah menuju ke dapur. Tekaknya terasa haus pula. Setibanya di dapur, terus dia membuka peti sejuk sebelum mengeluarkan sebotol air mineral. Berniat untuk menghilangkan dahaga.

“Eh awak ni siapa?!" jerit satu suara membuatkan niatnya untuk minum terbantut. Pantas dia menoleh. Seorang wanita muda yang mungkin dalam lingkungan tiga puluhan sedang berdiri tegak memandangnya. Larra cuba mengingat siapakah gerangan gadis itu namun gagal. Seingatnya, pekerja di dalam rumah itu cumalah Mak Siah dan Pak Mat. Siapa pula ni? Dia tidak pernah kenal wanita itu.

"Tadi Mak Siah kata mama dekat dapur. Sebab tu saya ke sini. Akak nampak dia tak?" soal Larra sebelum meletakkan kembali botol mineral yang belum dibuka itu di atas kabinet.

Dipandangnya gadis itu dari atas ke bawah. Menggeleng sebelum mengeluarkan beberapa cawan dari dalam kabinet. “Tak nampak. Lagipun, tetamu tak dibenarkan masuk ke dapur. Baik awak keluar sebelum Datin nampak" ujar Nina.

"Ni apa kecoh-kecoh ni? Saya dengar dari tadi lagi bising. Dekat depan bising. Dapur bising” soal Datin Marissa sebelum masuk ke dapur. Dipandangnya Nina meminta penjelasan.

Tertunduk. “Minta maaf, Datin. Saya cuma tegur Cik ni. Beritahu Datin tak suka tetamu masuk ke dapur” jelas Nina sebelum memandang ke arah gadis muda yang ditegurnya tadi.

Datin Marissa mengerutkan dahinya sebelum menoleh ke sisi. Siapa yang dimaksudkan oleh Nina? Terkedu sejenak sebaik sahaja terpandang wajah itu. Bagai tidak percaya, anak gadisnya itu kini berada di hadapan matanya. Dipejam celikkan matanya bagi meyakinkan diri apa yang dilihatnya bukanlah ilusi.

“La...Larra!” jeritnya.

Larra tersenyum sebelum berjalan mendapatkan mamanya. Bersalam dan mencium tangan. Namun persoalan tentang keadaan kesihatan mamanya masih bermain-main di fikiran.

“Betul ke ni Larra?” soal Datin Marissa lagi sambil terus memeluk anaknya itu. Masih tidak percaya, akhirnya Larra pulang juga ke rumah ini setelah 9 tahun.

Larra membalas pelukan mamanya. "Ya mama. Ni Larra. Rindunya dekat mama" luahnya.

Nina tercengang. Mama? Larra? Nampaknya dia sudah silap langkah. Gadis yang disangkanya tetamu itu, rupa-rupanya adalah anak Dato' Qamal yang selama ini dikhabarkan berada di luar negara. Selama 6 tahun dia bekerja di situ, ini merupakan kali pertama dia berjumpa gadis itu. Patutlah dia selamba je masuk dapur macam rumah sendiri. Memang rumah dia pun!

Namun seketika kemudian tubuhnya terasa ditolak perlahan sebelum mamanya bertindak meleraikan pelukannya. Larra mengerutkan dahinya sambil memandang hairan mamanya yang sedang tersenyum tawar.

“Mama?”

“Maafkan mama. Mama lupa Larra tak suka dipeluk. Lebih-lebih lagi depan orang” ujar Datin Marissa. Dia masih ingat Larra pernah membentak gara-gara dia memeluk gadis itu di hadapan rakan-rakannya. "Mama boleh tak jangan peluk Larra macam ni? Larra bukan budak kecil lagi! Malulah orang tengok”. Teringat kembali kata-kata gadis itu padanya dahulu.

Nina meninggalkan dapur itu. Tidak mahu berlama-lama di situ. Kedua beranak itu perlukan privasi.

Timbul rasa bersalah. Dia mengeluh perlahan sebelum tertunduk seketika. Tidak menyangka, mama masih berpegang pada kata-katanya dahulu. "Larra menyesal dengan apa yang Larra pernah buat. Larra bukan macam dulu lagi, mama. Larra minta maaf" ujarnya sebelum memegang erat tangan mamanya.

Dipandangnya lama wajah anak gadisnya itu. Perlahan-lahan dia tersenyum sebelum memegang pipi Larra. “Mama tak pernah simpan dalam hati. Apapun yang terjadi, Larra tetap anak mama. Kasih sayang mama dekat Larra tak pernah berkurang” ujar Datin Marissa kembali. sambil tersenyum sebelum melepaskan satu keluhan berat.



***
Tengku Dzafril Haidhar memegang perutnya yang sudah berkeroncong hebat. Langkahnya diatur menuruni tangga sebelum terpandang kelibat Kak Indah.

"Saya lapar. Tolong siapkan makanan" arahnya membuatkan wanita itu menoleh ke arahnya.

"Iya, tuan muda. Tunggu sebentar ya" ujar Kak Indah sebelum pantas berjalan masuk ke dapur.

Dia melepaskan satu keluhan berat sambil melangkah malas menuju ke ruang makan. Kelihatan Kak Indah sedang sibuk menghidangkan lauk pauk di atas meja makan. Dia menarik kerusi sebelum duduk. Rumah itu sememangnya sunyi. Papanya sangat jarang berada di rumah. Kebiasaanya memang dia dan Kak Indah sahaja yang tinggal. Kerana itulah setiap kali papanya tiada, dia lebih gemar berada di rumah Aqiem, teman baiknya.

"Jemput makan, tuan muda" ujar Kak Indah yang sudah siap menyajikan makanan buatnya membuatkan lamunannya terhenti. Dia menoleh ke arah wanita itu yang sedang tersenyum.

"Kak Indah tak nak makan sekali?" soalnya. Berharap pembantu rumahnya itu mahu menemaninya makan.

Pantas dia menggeleng sambil tersenyum. "Ngak usah. Tuan, makan aja dulu. Saya masih banyak kerja di dapur" ujar Kak Indah sebelum kembali ke dapur meninggalkannya.

Tengku Dzafril Haidhar sekadar memerhati bayang Kak Indah yang kini sudah tidak kelihatan. Kembali memandang lauk pauk yang terhidang di hadapannya. Mengeluh perlahan. Makan bersendirian bukanlah situasi baru baginya. Sejak kecil dia sudah biasa dengan keadaan itu. Perjalanan hidupnya cukup sunyi. Dia membesar tidak seperti kanak-kanak lain yang dilimpahi kasih sayang orang tua. Nak harap dapat makan bersama papanya memang payah. Selalu sibuk dengan urusan syarikat. Mummynya pula tinggal agak jauh dari kediaman papa. Namun hubungannya dengan wanita itu tidak seperti hubungan ibu dan anak yang lain. Dia sendiri tidak tahu apa itu hubungan kekeluargaan. Tersenyum sinis. Mentertawakan nasib dirinya sendiri. Dia mengelamun panjang tanpa sedar dia hanya menjamah sedikit sahaja dari makanan-makanan yang dihidangkan. Sudu dan garfu diletakkan semula ke pinggan.

"Eh? Tuan muda udah siap makan? Emangnya ngak enak ya, tuan?" soal Kak Indah jelas terkejut apabila melihat lelaki itu sudah ingin berlalu pergi.

Dia menoleh. Tersenyum. "Bukan tak sedap. Saya dah kenyang" balas Tengku Dzafril Haidhar pendek sebelum berlalu pergi meninggalkan ruang itu.

Berkerut keningnya melihat lelaki itu berlalu pergi. Indah menarik nafas panjang. “Hidupnya pasti sunyi. Ganteng-ganteng tapi ngak tahu erti kasih sayang. Ada keluarga seperti ngak ada keluarga. Kasihan” keluhnya perlahan sambil membawa pinggan mangkuk berisi lauk pauk itu ke dapur semula untuk disimpan.


***
Pembantu rumah itu sudah siap menghidangkan lauk pauk di atas meja. "Jemput makan, Cik Larra" ujar Nina membuatkan Larra menoleh padanya sambil tersenyum.

"Makan sekali?" ajak Larra.

"Larra, rule dalam rumah ni tak pernah berubah" Datin Marissa pantas bersuara.

Nina tersenyum memandangnya sebelum berlalu semula ke dapur. Fahamlah dia, undang-undang pembantu rumah dan majikan tidak boleh makan pada meja makan yang sama masih berkuat kuasa di rumah itu. Dia mengeluh perlahan sebelum mengerling sekilas ke arah mamanya. "Mama. Boleh tak Larra nak tanya sikit?”

Berkerut dahinya memandang anaknya itu. "Tanya apa?" soal Datin Marissa kembali.

Terdiam sejenak sebelum melepaskan satu keluhan berat. Dia perlukan penjelasan dari mama tentang persoalan yang bermain-main di fikirannya sejak dia tiba di sini lagi. "Mama sakit apa sebenarnya?" soal Larra sambil memandang tepat ke arah Datin Marissa. Pak Mat sendiri menafikan berita mama sakit dan kini dia sendiri melihat mamanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Dia mula berasa tidak sedap hati. Papa tipu aku ke?

Terkedu sejenak dia mendengar soalan anaknya itu. Gara-gara ingin mengumpan Larra supaya pulang semula ke Malaysia, dia terpaksa menipu berpura-pura sakit. Ini semua idea suaminya. Mula terasa bersalah. Dipandangnya Larra yang masih menunggu jawapan darinya. Tersenyum. Cuba menyembunyikan isi hatinya yang gundah.

“Haritu mama demam teruk. Sampai tak boleh bangun. Dahlah, Larra janganlah risau. Sekarang dah sihat sikit” balas Datin Marissa sebelum kembali menyuap makanan. Tidak mahu Larra mengesan sebarang keganjilan pada dirinya.

Dipandangnya lama wajah mamanya itu lalu mengeluh perlahan. Dia dapat merasakan seperti ada sesuatu yang disembunyikan dari pengetahuannya. Namun, dia malas hendak terus bertanya. “Kalau macam tu, tak apalah. Mama kena jaga kesihatan bila Larra dah balik sana nanti” balasnya kembali.

Dipandang kembali Larra. Berkerut keningnya. “Larra nak balik sana lagi buat apa?” soalnya tidak puas hati.

"Larra balik kejap je ni, mama. Larra balik ni pun, sebab nak jenguk mama dengan papa. Mungkin minggu depan Larra balik sana semula” jawab Larra sambil tersenyum. Dia tahu mama tidak berpuas hati mendengar jawapannya namun dia tidak tega untuk tinggal lama di sini. Dia masih belum punya kekuatan untuk berhadapan dengan kehidupan lampaunya.

Seminggu je dekat sini. Takkan dalam masa seminggu boleh siapkan semua yang dirancang, fikirnya. Dia mulai bimbang. "Takkan seminggu je? Mama tak puas lagi jumpa Larra. Lama-lamalah sikit tinggal di sini" cadang Datin Marissa.

Dia berhenti mengunyah seolah berfikir sesuatu sebelum makanannya di mulutnya dipaksa telan melepasi kerongkong. "Larra tak berani tinggal lama dekat sini. Mama pun tahu kan, kenapa?" pujuknya kembali.

Menarik nafas panjang. Kasihan dia melihat hidup anaknya itu yang masih dihantui dengan kesilapan dari masa silamnya. "Sampai bila Larra nak larikan diri macam ni? Tak kesian ke dekat mama dengan papa. Mama dengan papa bukannya muda lagi. Nak tunggu Larra balik lagi jenguk kami, entah bila agaknya. Ni pun lepas 9 tahun baru nak balik sini" balas Datin Marissa lagi jelas tidak bersetuju dengan keputusan Larra. Meski dia tahu, gadis itu tidak mudah berubah fikiran namun dia benar-benar berharap anaknya tidak perlu berjauhan dari keluarga lagi.

“Larra tahu, Larra pentingkan diri. Keputusan Larra ni tak adil buat mama dengan papa. But i’m just not ready yet. Larra harap mama faham" jawabnya lemah.

Dipandangnya lama wajah anak gadisnya itu. Hampa mendengar jawapan yang diberikan Larra. Sikap degil anaknya itu masih tidak berubah. Keputusannya tidak mungkin berjaya diubah. Deringan telefon bimbit miliknya secara tiba-tiba menganggu perbualan mereka berdua. Dia melepaskan satu keluhan berat. "Larra makanlah dulu. Mama nak jawab call kejap" ujarnya sebelum berlalu keluar dari ruang itu meninggalkan Larra.

Larra mengeluh perlahan. Dia tahu jawapannya tadi telah melukakan hati mamanya namun apakan daya. Aku terpaksa. "Cik Larra" namanya dipanggil membuatkan dia pantas menoleh. Dilihatnya Nina sedang berdiri di sisi sambil memandangnya.

“Ya?”

"Saya minta maaf pasal tadi. Saya tak tahu, yang Cik Larra ni anak Datin”

Larra tersenyum nipis. Sudu dan garfu diletakkan di pinggan sebelum mengelap mulutnya dengan napkin. Dia memandang kembali Nina yang kelihatan gelisah. "Lupakan je lah pasal tadi. Saya tak ambil hati pun. Lagipun saya dah lama tak balik sini. Memang wajar kalau akak tak kenal saya" balasnya.

Jawapan anak gadis majikannya itu sama sekali jauh dengan apa yang diduganya. Fikirnya dia akan dimarahi namun ternyata gadis itu bersikap sebaliknya. Sedikit kagum dengan peribadi gadis itu. “Betul ni Cik tak marah?” soalnya lagi meminta kepastian.
Dia memandang Nina sambil menggeleng perlahan. Difikirkan, jika dia masih sama seperti 9 tahun lepas, tidak mungkin dengan mudah dia melepaskan Nina. Dia tersenyum lagi. “Hidup kita ni bukan sentiasa di atas kan? Esok lusa kita tak tahu apa jadi dekat nasib kita. Lagipun akak dah minta maaf. Sudahlah” ujar Larra.

Ternyata gadis di hadapannya itu bukan sembarangan orang. Bicaranya tenang dan lembut. Tidak meninggi diri meskipun datang dari keluarga ternama. “Untung siapa dapat Cik. Dahlah cantik, baik pula tu. Memang sepadan dengan Teng...." serentak kata-katanya terhenti di situ apabila teringat dia tidak sepatutnya membocorkan rahsia itu kepada Cik Larra.

Gelas minuman di tangannya segera diletakkan kembali ke atas meja. Berkerut keningnya memandang ke arah Kak Nina. “Teng?” soal Larra sambil otaknya cuba berfikir. “Teng apa kak?" sambung Larra lagi.

Bulat matanya. Alamak apa aku nak buat ni. “Err tak ada apa-apalah, Cik. Eh alamak. Saya lupa nak tengok makanan dekat dapur tu. Takut hangus pulak. Saya ke dapur dulu, Cik" ujarnya sambil kelam kabut berjalan keluar dari ruang itu. Memarahi diri sendiri yang mudah sahaja terlepas cakap. Kalau Datin tahu, habislah aku.


Antara mahligai ego dan cinta 1

Friday, 2 September 2011

Telefon Iphone di atas meja yang masih berdering itu sekadar diperhatinya. "Larra? Don't tell me it's your dad again" tegur satu suara membuatkan dia pantas menoleh ke arah Amanda yang sedang tergelak tidak jauh darinya. Dia mengeluh perlahan sebelum pantas mencapai telefon bimbitnya dan berjalan keluar menuju balkoni. Sudah beberapa kali papanya cuba menghubunginya sepanjang minggu itu.

"Assalamualaikum, papa"

"Waalaikumussalam. Kamu sengaja mengelak dari angkat call papa ya?" kedengaran suara papanya di hujung talian agak keras. Tubuhnya disandarkan ke dinding. Aduh, bukan sengaja tak nak angkat tapi aku buntu apabila sering disoal soalan yang sama.

Pangkal hidungnya dipicit perlahan cuba memikirkan alasan terbaik. "Sorry, papa. Larra.....Larra sibuk sikit" jawabnya. Aku tahu, tujuan papa telefon sebab nak pujuk aku balik semula ke Malaysia. Masih mengharap aku untuk mengambil alih syarikat. Padahal papa sendiri tahu, aku belum bersedia nak balik. Kedengaran satu keluhan berat dilepaskan di hujung talian.

"Busy ke, atau buat buat busy? Berapa lama lagi kamu nak teruskan hidup macam ni?"

"Papa tahu kan Larra tak sedia lagi nak balik sana" jawabnya lembut. Dia benar-benar berharap papa akan faham situasinya. Aku belum bersedia bertemu sesiapa dari masa silam. Kisah lampaunya masih menjadi igauan buruk baginya.

"Dah 9 tahun dah pun benda tu lepas. Baliklah Larra. Kalau bukan kamu, siapa lagi nak tolong papa uruskan syarikat ni?" pujuk papanya lagi namun sedikitpun tidak berjaya mengubah fikirannya. Hidupnya musnah kerana peristiwa itu.

"Larra belum bersedia lagi nak balik sana, papa. Tolonglah faham Larra” kata-katanya terhenti sejenak di situ sebelum menarik nafas panjang.

“Erm, Dah lewat dah ni. Larra nak masuk tidur dulu. Goodnight, pa” ujarnya sengaja memberi alasan untuk memutuskan talian.

"Wait, Larra! Sebelum tu ada hal yang papa nak beritahu kamu" ujar papanya membuatkan dia tidak jadi hendak memutuskan talian. Telefon itu kembali dilekapkan ke telinganya. "Hal apa?" soal Larra kembali.

"Mama sebenarnya sakit. Kalau Larra sayangkan mama, baliklah rumah. Jumpa dia". Bulat mata Larra mendengar berita itu. Jantungnya berdegup kencang. "Ma.. Mama sakit? Sakit apa, papa?" soalnya cemas.

"Kalau kamu masih kisah dan sayangkan mama. Kamu balik. Tengok sendiri keadaan mama. Papa tak nak cakap banyak. Sekarang terserahlah dekat kamu nak balik atau tak" ujar papanya membuatkan dia diamuk rasa serba salah. Fikirannya buntu. Dia tersepit antara keinginannya dan tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Aku tak nak balik Malaysia, tapi mama perlukan aku dekat sana.


***

Langkahnya diatur kemas masuk ke balai ketibaan di kawasan lapangan terbang itu. Tersenyum sendiri. Ah, Malaysia. Dah lama aku tak tengok suasana macam ni. Rakyatnya terdiri dari pelbagai bangsa dan etnik namun masih mampu mengekalkan adat dan budaya masing-masing. Berkongsi negara dan hidup secara aman.

Dia memerhati sekeliling. Pak Mat yang sepatutnya menjemputnya masih belum muncul. Lalu dia membuat keputusan untuk berjalan-jalan di ruang sekitarnya dahulu. Tangannya menyentuh seketika rantai emas putih bersama loket yang tertera huruf awal namanya iaitu L dan A. Tersenyum sendiri.

Rantai itu merupakan hadiah dari mamanya. Memakai rantai itu membuatkan dia merasa dekat dengan mama


Syaheera tergamam seketika sebaik sahaja menangkap susuk tubuh gadis tinggi lampai yang kini sedang berjalan melepasinya. Wajah gadis itu benar-benar mengingatkannya pada seseorang. Dia pasti itu adalah gadis sama yang pernah dikenalinya dahulu. Langkahnya pantas diatur mengekori gadis itu yang kelihatannya masih leka. Telefon bimbit dari kocek seluarnya dikeluarkan sebelum beberapa gambar gadis itu diambil secara curi-curi olehnya. Tersenyum gembira dia menatap satu persatu gambar-gambar yang berjaya diambilnya. “Tak hairan kalau kau tak kenal aku. Tapi mana mungkin aku tak kenal kau, Elle”. Dia menaip sesuatu sebelum gambar itu pantas disebarkan melalui broadcast message kepada beberapa rakannya yang lain.

*She's back!! Guess who i just met by chance in KLIA. Still remember her?* Selesai menghantar gambar, dia memandang sekeliling. Kini dia sudah kehilangan jejak gadis itu. Tak kisahlah. Yang penting aku dah dapat gambar kau. Telefonnya berbunyi menandakan ada beberapa notification diterimanya.

Ridza Hazim : Is that Elle? The head of Stelesta, right? Perempuan dalam gambar tu nampak macam dia. Gorgeous as always. Tolong kirim salam dekat dia. Hehe

Adilah : Biar betul perempuan tu dah balik sini? Hahah! Memang gosip terhangat ni kalau budak-budak lain tahu. Tapi kau, aku nasihatkan jangan diri dekat-dekat dengan dia. She’s a devil!

Syazu : Elle? OMG! Tu dia kan?!! Takkanlah aku tak ingat. Dekat 4 tahun hidup aku dekat sekolah macam neraka sebab perempuan ni. Habislah kalau budak sekolah kita nampak gambar ni. Hahaha mesti kecoh!

Syaheera tersenyum membaca satu persatu mesej itu. Ternyata rakan-rakannya yang lain juga masih ingat dengan jelas tentang gadis itu. "Tak sangka jumpa kau lagi. Welcome back, Elle" ujarnya sambil memadamkan paparan pada skrin telefon bimbit dan mengorak langkah meninggalkan ruang itu.


***

Larra memakai kaca mata hitamnya sambil terus berjalan. Tidak mahu dirinya dikenali oleh sesiapa. Dia leka sejenak memerhati gelagat beberapa pasangan keluarga tidak jauh darinya sebelum tiba-tiba dia merasakan badannya dilanggar dengan kuat serentak membuatkan tubuhnya gagal dikawal dan terdorong ke belakang. Mujur ada tangan gagah lebih pantas menangkap pinggangnya. Menariknya untuk kembali berdiri. Dia kaget apabila menyedari tubuhnya ditarik oleh lelaki. Tidak pernah dia membenarkan mana-mana lelaki menyentuhnya sebelum ini. Apatah lagi, memeluk seperti lelaki itu tadi. Serta merta dia menjadi bengang sendiri.

"Cik? Are you okay?" kedengaran suara lelaki itu memecahkan lamunannya.

Tanpa memandang wajah lelaki itu, Larra mengangguk perlahan. "Yes, i'm okay" jawabnya sebelum mencapai bagasinya yang jatuh. Berkira-kira untuk meninggalkan lelaki itu. Langkahnya mula diatur ingin segera berlalu pergi. Dia benar-benar malu dengan kejadian tadi.

"You should say sorry" kedengaran suara lelaki itu keras menampar telinganya membuatkan langkah Larra terhenti. Dia berdiri tegak sebelum berpaling memandang lelaki itu. "At least thanks" sambung lelaki itu lagi.

Sindiran lelaki itu membuatkan darah merah menyerbu mukanya. Terasa membahang. "What do you mean?" soalnya. Wajah lelaki itu terlindung di sebalik rayban coklat yang di pakainya. Hanya segaris senyuman sinis dihadiahkan padanya membuatkan hatinya bertambah geram.

"What do you mean?” lelaki itu mengajuk soalannya sambil tergelak. “Cik dah langgar saya, Cik sepatutnya minta maaf. At least thanks sebab saya sempat tarik Cik dari terjatuh dan dimalukan depan orang. Ada mata tak nak guna. Ke, Cik ni jalan memang pakai lutut?" sambung lelaki itu membuatkan Larra semakin berang.

Pantas kaca mata hitam yang dipakainya ditanggalkan sebelum merenung tepat wajah lelaki itu. "Kalau awak tu jalan pakai mata dan bukan lutut, tak adalah awak langgar saya juga. By the way, Mr. Perfect. I’m sorry and thanks" balas Larra sedikit kuat sebelum berpaling dan berjalan laju meninggalkan lelaki itu. Berani benar lelaki itu memerlinya begitu. "Baru je balik sini, dah jumpa benda yang menyakitkan hati. Bajet macam kau bagus sangat. Aku pun tak nak lah langgar kau" ngomel Larra

Tengku Dzafril Haidhar tersenyum sendiri memandang gadis berbaju putih itu yang kian menjauh. Kelihatan seperti kata-katanya tadi berjaya membuatkan gadis itu marah. Memang sengaja dia berkata begitu. Melihat sikap dingin gadis itu yang ingin beredar begitu sahaja tanpa mempedulikannya membuatkan egonya sebagai lelaki tercabar.

“Perempuan macam tu patut diajar. Jangan sebab dia cantik, dia ingat boleh berlagak dengan aku” ujarnya sambil mengemaskan kot yang dipakainya. Seketika kemudian, pandangannya terpaku pada kemilau cahaya di lantai. Perlahan dia membongkokkan badannya bagi mencapai rantai emas putih itu sebelum membelek loketnya yang terukir huruf L dan A. Pantas dia mendongak mencari bayang gadis itu namun hampa. Dia kembali memandang rantai di tangannya itu.

"Rantai ni, perempuan tu punya ke?"


***

Lissa membelek jam tangannya yang sudah menunjukkan angka 3 petang. Namun bayang kekasihnya belum tiba. "Mana Zaf ni? Kata nak jemput awal" marahnya. Serentak bayangan perbualan antara dia dengan senior modelnya kembali bermain di fikirannya.

"Lissa pasti ke yang Zaf tu setia?" soal Kak Hanis. Lissa menoleh sebentar ke arah Kak Hanis sebelum tersenyum.

"Alah Kak. Lissa kenal Zaf tu lama dah. Memanglah ada dengar cerita-cerita tak sedap tu tapi Lissa yakin Zaf bukan macam tu" balas Lissa cuba mempertahankan kesetiaan lelaki itu padanya.

"Bukan tu je Lissa, sebenarnya akak nampak dengan mata kepala akak sendiri dia dengan perempuan lain Sabtu lepas. Gayanya tu macam bukan kawan. Mesra sangat. Akak pasti tu Zaf, boyfriend Lissa" balas Kak Hanis lagi cuba meyakinkan Lissa.

"Lissa percaya dia tak ada apa-apa dengan perempuan tu. Mungkin perempuan tu je yang lebih-lebih goda Zaf" ujar Lissa lagi.

Kak Hanis mengeluh perlahan sebelum duduk di sisinya. "Akak bukan apa Lissa. Akak cuma nak Lissa hati-hati je. Lelaki sekarang ni tak boleh percaya. Nak-nak lagi yang status anak VIP macam Zaf tu. Lagilah ramai perempuan tunggu peluang je nak sambar dia. Kalau memang Zaf tu betul setia dengan Lissa tak apalah. Akak doakan yang terbaik je buat Lissa"

"Khalissa!"

Kedengaran namanya dipanggil membuatkan lamunannya terhenti. Pantas dia menoleh. Dilihatnya Tengku Dzafril Haidhar sudah berada di hadapannya. “Lambat” balasnya pendek sebelum menarik wajah masam dan memalingkan wajahnya ke tempat lain.

"I tahulah i tak handsome, tapi janganlah palingkan muka you dari i macam tu. Dareena, I'm sorry" pujuk Tengku Dzafril Haidhar.

Dia mengerutkan dahinya sambil memandang lelaki itu. "You kata nak jemput i pukul berapa? You tengoklah jam sekarang pukul berapa? 3.40 dah" ujar Lissa.

"Alalaala. Comelnya muncung you. I bukan sengaja nak jemput you lambat tapi i ada meeting dengan bahagian marketing hotel tadi. Habis meeting je, i terus datang sini jumpa you" pujuk Tengku Dzafril Haidhar lagi. Lama dia memandang wajah bujur sirih milik Lissa dengan sepasang mata bulat dan hidung yang mancung. Pakej yang dimiliki teman wanitanya itu sememangnya mampu membuatkan mana-mana lelaki menoleh berkali-kali ke arahnya. Namun, kenapa sampai harini aku tak pernah punya perasaan sama seperti dia?

"You dengar tak apa i cakap ni, Zaf?!" soal Lissa sedikit kuat apabila melihat lelaki itu seolah mengelamun memandangnya.

"Ya.. Yes sayang i dengar. So you maafkan i ke tak ni?"

Lissa memandang lama lelaki itu sebelum mengeluh perlahan. "Boleh, dengan syarat you bawa i dinner malam ni" jawabnya selamba.

Tengku Dzafril Haidhar terkedu sejenak. Aduh, malam ni dah janji dengan Suzy. "Erk. Malam ni tak boleh sebab i kena tolong my dad. Malam esok pulak i busy satu hari. Kalau esok lusa boleh?" cadangnya. Berharap gadis itu akan bersetuju.

Berkerut dahinya memandang lelaki itu. "Busy memanjang je you ni. Ke, you nak bawa awek you yang lain?" Lissa sengaja menguji.

Berderau darahnya mendengar soalan gadis itu. E'eh, macam tahu-tahu je aku ada date lain. Pantas dia tersenyum cuba menyembunyikan rasa gusarnya. “Mana ada, Lissa. You kan tahu i setia dengan you je. Jadi, you okay ke tak ni kalau kita keluar esok lusa?" soal Tengku Dzafril Haidhar.

Dilihatnya Lissa mengangguk tanda setuju.


***

"Cik Larra?" panggil satu suara membuatkan dia pantas menoleh. Lelaki tua itu tersenyum sebelum berjalan ke arahnya. Lama dia cuba mengecam wajah tua itu. Setelah beberapa ketika dia pasti itu adalah Pak Mat, pemandu peribadinya dahulu.

"Pak Mat". Rambutnya sudah memutih dan kedutan di dahinya juga sudah semakin jelas membuatkan dia hampir tidak cam lelaki itu tadi. Ah, masa berlalu begitu pantas.

"Cik Larra. Maafkan Pak Mat sebab lambat jemput. Jalan sesak sikit tadi" terangnya sambil memandang sejenak wajah gadis itu sebelum tertunduk bimbang. Takut-takut dimarahi. Sepanjang dia berkhidmat dalam keluarga Dato’ Qamal, dia tahu gadis itu paling pantang sekiranya dijemput lambat.

Larra tersenyum. "Tak apa. Saya faham. Lagipun, saya baru je sampai ni. Nasib baik Pak Mat cam saya lagi" jawabnya.

Tercengang sejenak dia mendengar jawapan gadis itu. Semuanya terasa bagaikan mimpi.

Larra mengerutkan keningnya. Turut membalas pandangan Pak Mat. "Kenapa pandang saya macam tu?" soalnya hairan sambil tergelak kecil. Berasa sedikit kelakar dengan reaksi wajah Pak Mat. Nampak terkejut benar setelah mendengar jawapannya.

Cepat-cepat Pak Mat menggeleng sebelum tersengih sendiri setelah menyedari reaksinya yang pasti kelihatan aneh di kaca mata Larra. "Pak Mat pun was-was juga tadi masa nak tegur. Takut salah orang. Maklumlah, dah lama tak jumpa Cik. Cik pun dah makin cantik. Mari Cik" ujarnya sambil mencapai bagasi milik Larra. Mula mengorak langkah bagi membawa gadis itu pulang ke rumah.

Larra mengangguk perlahan. Tersenyum sambil turut mengikut langkah Pak Mat. Baginya tidak ada apa-apa pada pujian tersebut. Dia bukanlah jenis yang makan pujian. Pujilah dia macam mana melambung pun, dia tidak termakan dengan kata-kata tersebut. Kini kereta sudah bergerak keluar dari kawasan lapangan terbang. Larra leka memerhati pemandangan di luar. “Lain dah tempat ni kan, Pak Mat” ujarnya.

Pak Mat tersenyum. “9 tahun dah, Cik. Mana tak lainnya” balasnya sambil memandang gadis itu melalui cermin tengah.

"Erk, lagi satu. Boleh saya tahu tak mama saya sakit apa? Kelmarin saya call, mama cuma beritahu dia sakit. Dia tak nak cakap pun dia sakit apa. Pak Mat tahu mama sakit apa?" soalnya lagi membuatkan Pak Mat memandangnya hairan.

"Sakit? Sakit apa pula ni, Cik? Setahu Pak Mat, Datin tak sakit apa-apa pun". Jawapan Pak Mat membuatkan dia terdiam. Bukan ke, papa beritahu aku yang sekarang mama sakit? Tapi kenapa mama tak nak beritahu dia sakit apa? Yang peliknya, kalau betul mama sakit, mustahil Pak Mat langsung tak tahu. Bukan ke Pak Mat ni pemandu tetap keluarga dari dahulu. Pelbagai persoalan mulai bermain-main di fikirannya.

"Kenapa, Cik?"

"Err, tak ada apa-apa. Mungkin saya silap dengar kot" kalisnya sebelum pandangannya dilemparkan ke luar tingkap kereta memerhati pemandangan di sekitar Kuala Lumpur. Kelihatannya sudah banyak perubahan yang berlaku sepanjang ketiadaannya. Kota itu sudah membangun maju.

Pak Mat mencuri pandang ke arah Larra yang sedang leka melalui cermin tengah. Sememangnya gadis itu jelita. Wajahnya tampak lebih matang jika dibandingkan dengan 9 tahun lepas. Pasti masih menjadi pujaan ramai jejaka. Kalau dulu pun dia dah cukup terkenal dengan kecantikannya. Inikan lagi sekarang. Gadis itu mewarisi kecantikan mamanya. Bukan dia tidak tahu, anaknya Ali dalam diam juga pernah menaruh hati pada cik muda itu dahulu. Lelaki itu sering datang ke rumah Dato' Qamal dengan alasan untuk berjumpanya semata-mata ingin melihat Larra yang dijemputnya setiap hari dari sekolah.

Namun ada sesuatu yang lebih membingungkannya sejak kembali bertemu gadis itu. Larra kelihatannya telah berubah. Tiada lagi riak ego dalam tingkah lakunya. Tutur bicaranya juga lembut dan sopan. Cukup berbeza dengan diri gadis itu yang dahulu. Pantang salah sikit pasti dia dimaki cukup-cukup. Sudah kenyang dia menerima kata cercaan yang dihamburkan oleh Larra setiap kali dia silap. Masih segar lagi dalam ingatannya, peristiwa dia dimarahi gadis itu gara-gara dia lambat menjemput dari sekolah.

Setibanya di sekolah tengahari itu, Larra telahpun menunggunya dengan muka masam di hadapan pintu pagar. Anak manja majikannya itu memang pantang kalau dijemput lambat. "Kan saya dah cakap, saya tak suka orang jemput saya lambat!" tengking Larra membuatkan beberapa pelajar lain di situ mula menoleh ke arah mereka.

Pak Mat sedar dirinya yang dimarahi oleh Larra kini menjadi perhatian pelajar lain. Meski malu namun dia cuba bersabar. Apapun gadis itu anak majikannya. Dia sedar status dirinya hanyalah pemandu keluarga gadis itu sahaja. "Maaf Cik, tayar pancit jadi saya terpaksa tukar kereta nak ambil Cik" jawabnya.

"Pak Mat jangan bagi alasan ea. Lembap! Kalau dah tua tu, buat cara tua la! Ikutkan hati saya, saya memang tak nak Pak Mat kerja dengan saya. Buat kerja pun terhegeh-hegeh!" ujar Larra sebelum pantas berjalan masuk ke dalam kereta.

Bunyi hon dari kenderaan lain membuatkan dia tersedar kembali. Cepat-cepat dia menoleh ke arah Larra di tempat duduk belakang. Gadis itu telahpun tertidur. Dia menarik nafas lega sebelum kembali memandu. Kejadian hitam yang memaksa gadis itu melarikan diri keluar negara telah memberi kesan yang mendalam pada diri cik mudanya.