Friends

ShareThis

Antara mahligai ego dan cinta 6

Tuesday, 6 September 2011
"Lea! Lea!" pekik Puan Zahnita. Beberapa minit kemudian kelihatan Adlea berlari-lari anak ke arahnya. Dia mendengus keras sebaik sahaja terpandang seraut wajah itu.

"Ya puan"

"Apa awak buat satu pagi ni. Tengok, kain-kain ni semua tak bersidai lagi! Awak nak kerja dekat sini lagi ke tak!" marah Puan Zahnita

Terkulat-kulat Larra mendengar bebelannya. Wajahnya tertunduk, tidak berani dihadapkan memandang Puan Zahnita. "Nak" dia perlahan dia menjawab. Rasa takut pula melihat sikap majikannya yang garang itu.

"Dah tu? Kalau nak kerja lagi, tak reti-reti nak buat kerja tu cepat sikit?" soal Puan Zahnita. Matanya dijegilkan tanda geram. Setiap kali teringat dirinya telah ditipu hidup-hidup oleh gadis pembantu rumah itu serta merta dia jadi sakit hati. Budak tahu tahu diuntung.

"Saya memang nak sidai pun kain-kain ni, tapi tadi saya pergi jenguk kejap masakan saya dalam periuk dekat dapur tu" balas Larra cuba untuk menerangkan keadaan sebenar. Wajahnya masih tertunduk. Tidak berani dia untuk bertentang mata dengan Puan Zahnita.

"Hei! Pandai menjawab yer!' tengking wanita itu kembali membuatkan Larra terdiam. Eh perempuan ni. Aku dah cakap benda betul salah. Tahu memang nak cari salah aku kan. Mula timbul rasa meluat pula melihat sikap Puan Zahnita itu. Untunglah sekarang aku jadi orang gaji dekat rumah ni.

"Maafkan saya puan" hanya itu yang mampu diucapkannya. Kang aku jawab lebih-lebih dia kata aku nak menjawab pulak. Tak paham aku!

"Cepat selesaikan! Buat kerja pun lambat. Terhegeh-hegeh" marah Puan Zahnita sambil berlalu ingin menuju ke ruang hadapan. Dia puas dapat memarahi gadis itu. Biar! Biar dia tahu, aku tak mudah untuk ditipu. Itulah balasannya kerana menipu aku, bingkis hati kecilnya

"Eh mummy" tegur lelaki itu terkejut melihat wajah mencuka Puan Zahnita. Namun panggilannya itu sedikitpun tidak diendahkan. Lelaki mengangkat keningnya sebelum masuk ke dapur memandang Adlea yang masih berdiri kaku di situ memandangnya. Dia tersenyum.

Larra menarik nafas perlahan sebelum melepaskannya kembali. Apalah nasib aku lepas ni. Dia terpaksa menerima hakikat, layanan Puan Zahnita padanya sudah tidak seperti dahulu lagi. Wanita itu benar-benar berubah. Berbeza benar dengan Puan Zahnita yang pernah dikenalinya. Pantang salah sikit, pasti ditengking-tengkingya Larra.

"Mummy marah awak ea?' soal Hakimi. Larra tersenyum kelat sebelum mengangguk perlahan. Tiada apa yang perlu diperkatakan olehnya kepada lelaki itu. Kau ni dah nampak kan aku kena marah tadi dengan dia, lagi nak tanya aku. Memang sengaja la. Marahnya di dalam hati. Lalu bakul berisi kain-kain yang perlu disidai itu diangkat menuju ke tempat jemuran. Malas mahu melayani pertanyaan-pertanyaan yang bakal dihujani oleh lelaki itu nanti.

"Boleh saya tahu, kenapa mummy marah awak?" soal satu suara. Larra mengerutkan dahinya. Apahal aku still boleh dengar suara Hakimi lagi ni? Dia mendongak memandang ke atas bumbung dan sekelilingnya. Tak ada pun. Mana datang suara tu?

"saya dekat sini lah. Belakang awak" beritahu suara itu.

Larra pantas menoleh dan jangkaannya benar. Lelaki itu sedang berdiri di sudut memerhatinya. Tersenyum. Lah! Ikut aku ke mamat ni. Ingat duduk dalam dapur tu je tadi. Dia malas mahu melayan lelaki itu. Kain-kain di dalam bakul dikibas-kibaskannya sebelum disidai. "Kenapa Tuan Kimi follow saya?" soalnya sedikit dingin.

"Saja. Sebab saya suka tengok muka awak muncung tambah kerut-kerut dahi. Sebab tu saya ikut" ujar lelaki itu. Larra mengerutkan keningnya. Eh lelaki ni. Sedap-sedap je mulut dia tu nak kata aku ada muncung. Mana ada. Dia meraba-raba mulutnya. Senyap.

Memang betul aku tengah muncung. "Saya tak ada apa-apalah. Mana ada muncung" ujarnya kembali cuba menegakkan benang yang telah basah. Kedengaran lelaki itu tertawa. Larra mencebik. Apa yang kelakar sangat! Sungguh, moodnya tiada untuk bergurau.

"Boleh pulak tak ada apa-apa lepas kena marah dengan mummy saya macam tu. Tapi kenapa mummy marah awak?" soal lelaki itu. Larrra mengeluh perlahan. Dia ni tak nampak ke aku tengah busy ni. Tak ada mood lah nak cerita pasal Puan Nita tu!

"Tak ada apa-apalah Tuan Kimi" jawabnya endah tak endah. Malas hendak memberitahu hal yang sebenar.

"Saya cuma nak tahu sebab je. Mana tahu saya boleh tolong. Sebab saya rasa mak saya tak layan awak macam tu dulu kan. Pelik bila tiba-tiba berubah. So sebab tu lah saya tanya awak kenapa?" beritahu Hakimi. Ya! Sesiapa pun akan perasan perubahan layanan Puan Zahnita yang bertukar secara mendadak itu.

"Memang salah saya pun" ujar Larra. Dia malas mahu memanjangkan cerita. Tidak terasa mahu berkongsi atau mengadu apa-apa dengan lelaki itu.

"Saya bukan apa Lea. Saya tak sampai hati sebenarnya tengok awak kena marah macam tu. Niat saya baik okay. Nak jadi kawan awak je dalam rumah ni. Tapi kalau awak tak sudi nak cerita, its okay. Saya faham" ujar lelaki itu seolah berjauh hati.

Larra mengerutkan dahinya. Marah ke lelaki tu dekat aku? Lalu kepalanya pantas ditolehkan memandang ke arah Hakimi. Dilihatnya lelaki itu sedang tersenyum memandangnya membuatkan dia sedikit lega. Okay nasib baik dia tak marah.

* * * * *

"Eh perempuan kampung! Sini kejap" panggil suara itu. Larra menoleh ke arah Zaf dengan wajahnya yang masam.

"Kenapa?" soalnya kembali tanpa berganjak dari tempat dia berdiri. Lelaki itu berjalan menghampirinya.

Berderau darah Puan Zahnita melihat kotak itu. Cincin emasnya sudah tiada. Serentak nama Adlea muncul dalam ingatannya. Setahunya, selama ini belum pernah dia kehilangan barang di rumah itu. Ni mesti ada yang curi ni. Lalu dia pantasmenuruni tangga mencari kelibat Adlea. "Adlea! Adlea!"jeritnya. Dia menangkap kelibat Adlea bersama Zaf di ruang itu.

"Ya puan?" jawab gadis itu. Mukanya kelihatan takut-takut. Sah! Memang dia yang ambil cincin aku ni, tekanya. Lantas tangannya dihulur ke arah Adlea seperti meminta sesuatu membuatkan gadis itu terpinga-pinga melihatnya. Ah! Buat-buat muka tak bersalah pula kau ya!

"Apa maksud puan?" soal gadis itu kembali. Jelas masih tidak faham dengan isyaratnya membuatkan Puan Zahnita jadi semakin geram.

"cincin emas saya! Mana?" jeritnya kuat.

Larra beristighfar panjang mendengar tuduhan yang dilemparkan oleh wanita tu. Sungguh dia tidak mengerti. Dipandangnya Zaf yang masih berada di situ menyaksikan dia dimarahi oleh Puan Zahnita. Mengharapkan lelaki itu menolongnya, namun lelaki itu hanya tersenyum sinis. Bersorak riang ketawa barangkali di dalam hati melihat dia dimarahi. "Cincin emas apa ni puan?"

"Awak jangan pura-pura tak tahu ea. Selama ni, tak pernah barang saya hilang dekat rumah ni. Sejak awak datang, baru ada kehilangan. Mana cincin tu! Bagi saya balik!' jeritnya lagi. Adlea dilihatnya sudah pucat lesi.

Dia mengucap di dalam hati. Air matanya sudah bergenang. Sedaya upaya cuba mengawal rasa hati apabila dirinya dituduh pencuri. "Sumpah puan. Saya tak tahu. Saya tak ambil" rayu Larra sambil air matanya mula mengalir. Dalam sekelip mata tubuhnya sudah terdorong ke belakang akibat ditolak oleh Puan Zahnita. Wanita itu nampaknya sudah naik hantu.

"Awak jangan main-main dengan sumpah ea. Tak payah nak pura-pura baik lagi la Lea. Saya tahu, dah ramai dah kes macam awak ni. Pura-pura datang rumah orang, then menyamar jadi baik. Tapi niat awak sebenarnya nak mencuri kan?"jerit Puan Zahnita kembali sambil memanpdang tepat ke wajah Adlea yang sudah ketakutan. Tubuh gadis itu sudah terbaring di atas lantai akibat ditolaknya tadi.

Seumur hidupnya, inilah pertama kali dia dituduh mencuri. Aku tak pernah mencuri, tegasnya di dalam hati. Lalu wajah singa milik Puan Zahnita dipandangnya kembali. "Saya betul tak ambil puan. Saya tak ambil!" rayu Larra namun rayuannya sedikit pun tidak berjaya apabila wanita itu bertindak lebih berani dengan menarik pula rambut milik Larra.

“Oh kau still tak nak mengaku ya. Nah! Rasakan ni” balas Puan Zahnita.

"Sakitttttt!!!! Sakit puan!" raung Larra menjerit kesakitan. Tangannya cuba menghalang Puan Zahnita bertindak lebih buruk namun nampaknya wanita itu sudah hilang kawalan. Dalam keadaan itu, dia benar-benar mengharap Zaf mampu menolongnya tapi harapannya sia-sia. Lelaki itu sedikit pun tidak mahu menolongnya. Lebih senang menjadi pemerhati di tepi dan melihat sahaja. Agh! Aku dah macam masuk rancangan realiti pulak! Matanya dipejam erat.

"Stop mummy!!" jerit satu suara. Dalam raungannya, Larra yakin itu adalah suara Hakimi. Dia membuka matanya kembali dan dilihatnya kini lelaki itu sedang menarik Puan Zahnita menjauhinya. Meronta-ronta wanita tu minta dilepaskan. Haa kan aku dah agak. Dia ni mesti jadi hero time aku dalam susah. Larra menelan air liurnya sambil cuba untuk bangun dan berdiri.

"Lepaskan mummy Kimi! Dia curi cincin mummy" ujar Puan Zahnita yakin.

"Bawa mengucap mummy. Mummy ada bukti ke dia yang curi cincin mummy?" soal Hakimi kembali. Puan Zahnita mendengus keras memandang Adlea yang masih berdiri di hadapannya.

"tak payah bukti. Selama ni, mana ada orang pernah hilang barang dekat rumah ni. Lepas dia datang, baru ada hilang barang" Puan Zahnita cuba meyakinkan anak lelakinya itu.

"Mummy, tak ada buki jangan boleh tuduh-tuduh orang. Cincin mummy tu, bukan Lea yang curi. Cincin tu Kimi jumpa dalam toilet tingkat atas. Atas sinki. Mummy yang lupa yang mummy letak situ!' jerit Kimi serentak membuatkan Puan Zahnita tergamam. Jarang sekali anaknya itu meninggikan suara ketika bercakap dengannya. Apatah lagi naik marah seperti itu.

"dalam toilet?" soalnya kembali. Nada suaranya rendah. Rasa malu menyerbu dirinya. Adlea dilihatnya sudah mula melangkah pergi sebelum akhirnya berlari meninggalkan ruang itu dan hilang entah ke mana. Dipandangnya Hakimi di hadapannya.

"Ya mummy. Dalam toilet. Mummy yang lupa mummy letak situ lepas tu tuduh orang lain pulak" ujar Hakimi perlahan. Dari sinar mata lelaki itu, jelas kelihatan seolah-olah kesal dengan kelakuan dirinya yang mengamuk tidak tentu pasal sebentar tadi. Serentak, Hakimi melepaskan pegangannya pada tangan Puan Zahnita sebelum berlari mengejar Adlea yang hilang. Puan Zahnita terkedu. Anaknya Tengku Dzafril Haidhar itu pula berlalu selamba di hadapannya. Tidak langsung untuk cuba memujuknya.

"Show dah habisss!!" kedengaran lelaki itu berteriak setelah berada agak jauh darinya. Anak yang tu memang tak mungkin ada rasa kemanusian nak pujuk mak dia sendiri. Puan Zahnita mengetap bibirnya. Rasa bersalah dengan apa yang telah dilakukannya. Sedikit malu dengan tindakan melulunya. Tapi aku tak suka budak tu! Dia dah tipu aku.

* * * * *

Larra menangis sendirian. Di belakang dapur itulah tempat dia sering menenangkan diri setiap kali terasa sedih. Perasannya kini bercampur baur. Ingin sahaja dia lari dari situ. Tapi dia kasihan pada Mak Munah yang masih memerlukannya. "Larra rindu mama" ujar nya perlahan sambil menekup muka dengan kedua-dua belah tangannya. Air matanya mengalir semakin laju setiap kali teringat akan mamanya di rumah. Dalam keadaan begini, dia perlukan mamanya di sisi.

Tiba-tiba hidungnya menangkap satu bau lain di situ. Macam bau minyak wangi Tuan Hakimi. Lantas tangannya dilepaskan dari menekup kedua mukanya perlahan-lahan sebelum menoleh ke sisi. Hakimi sedang duduk di sisinya. "Kenapa Tuan Kimi ke sini?" soal Larra hairan. Suaranya sedikit serak akibat menangis barangkali. Tegurannya itu membuatkan lelaki itu menoleh ke arahnya sambil tersenyum.

"Eh ada orang rupanya dekat sini" gurau Hakimi sambil membuat riak seolah-olah terkejut melihat Adlea di hadapannya.

Larra tersenyum nipis. Air mata yang masih bersisa pantas dikesatnya. Dalam rumah itu, hanya Hakimi sahajalah yang masih melayannya dengan baik. Suasana bertukar menjadi sunyi kembali. "Kalau awak nak menangis, menangis je lah. Saya tak kisah pun. Anggap je macam saya tak ada dekat sini. Saya just teman awak" kedengaran lelaki itu bersuara.

Larra mengerutkan dahinya sebelum menoleh ke arah Hakimi. Tidak sampai sesaat, air matanya mengalir lagi. Automatik keluar. Tersedu-sedu dibuatnya. Rasa terharu barangkali dengan sikap lelaki itu. Sempat lelaki itu menepuk-nepuk belakang badannya sebagai cara untuk cuba menenangkannya. Ah! Dia memang lelaki yang prihatin. Di hospital juga dia yang cuba tenangkan aku. "Terima kasih" jawab Larra. Hanya itu yang mampu diucapkannya.

"Thanks for?' soal lelaki itu kembali. Larra pantas mengesat kembali air matanya. Tangisannya sudah semakin reda. Dipandangnya lama Hakimi di sisinya yang masih setia menunggu jawapannya sebelum tersenyum tawar.

"Sebab dah tolong saya tadi. Kalau Tuan Kimi tak ada, saya tak tahu lah nak buat apa. Zaf pun....." dia terdiam. Tidak jadi hendak meneruskan kata-kata membuatkan Hakimi mengeluh perlahan.

"Saya tolong sebab tak sampai hati tengok mummy pukul awak tak tentu pasal. Lagipun memang cincin tu bukan awak yang ambil pun. Pasal Zaf tu, dia memang macam tu. Jangan peduli sangatlah pasal dia" ujar Hakimi.

Larra mengangguk perlahan. Kata-kata Hakimi sememangnya sedikit banyak mampu meredakan rasa sedihnya kini. Apa yang kurang lagi pada lelaki itu? Bagi Larra, Hakimi lengkap segala-galanya. Teringat kembali Mak Munah pernah menceritakan bahawa kekasih Hakimi sendiri pernah meninggalkannya dengan cara kejam. Berpaling dari Hakimi semata-mata kerana gilakan Zaf, abang Hakimi sendiri.

Ah! Bodoh punya perempuan. Lelaki macam Kimi ni kau tolak, kau kejar lelaki macam Zaf tu jugak. Entah apa yang kurang lagi pada Hakimi, dia sendiri tidak tahu. Sedangkan baginya Hakimi itu lengkap segala-galanya. Kaya, punya rupa dan tinggi, Namun yang paling penting, dia seorang yang gentleman dan bukan seorang pemabuk. Bukan seperti Zaf. Hakimi jauh lebih baik dari Zaf!

"Awak dengar tak apa yang saya cakap ni?' soal Hakimi apabila melihat Adlea seolah-olah berada di lamunannya sendiri. Tidak mempedulikan kata-katanya. Gadis itu menoleh sebelum tersenyum.

"Saya dengar" jawab Larra perlahan.

"Err Lea. Boleh awak cerita dekat saya, sebab apa mummy saya layan awak macam tu? Mana tahu saya boleh tolong awak pujuk dia" soal lelaki itu tiba-tiba. Larra terdiam sejenak. Agh! Dia tanya lagi. Tak putus asa betul mamat nih.

"Itupun, kalau awak anggap saya kawan awak" ujar Hakimi selamba. Nada suaranya kedengaran mendatar. Wajahnya sedikitpun tidak dipalingkan memandang Adlea yang sedang melihatnya kini.

Larra jadi serba salah. Lelaki itu telah banyak menolongnya. Tadi pun, dia yang tolong aku masa Puan Zahnita pukul aku. Nak harapkan Zaf, dia jadi penonton je. Bukan nak tolong, ngomelnya di dalam hati. Patut ke aku cerita hal sebenar? "Baiklah. Saya cerita tapi dengan syarat" akhirnya dia mengalah juga membuatkan serentak dilihatnya Hakimi tersenyum lebar.

Berkongsi masalah dengan wanita itu merupakan salah satu keinginannya. "Oh ada syarat pula. Okay, apa syaratnya?" soalnya kembali sambil tersenyum memandang Adlea yang terdiam.

Larra menarik nafas panjang sebelum kembali memandang ke arah Hakimi. "be my best friend forever" ujar Larra dengan nada serius. Entah mengapa, lancar sahaja dia mengucapkan ayatnya itu. Selama ini, dia sememangnya bukan gadis yang mudah didekati, apatah bagi lelaki. Hakimi adalah lelaki pertama yang berjaya mendekatinya. Atau dengan kata lain, berjaya membutkan Larra menerima kehadiran lelaki itu dalam hidupnya. Namun dilihatnya Hakimi tergelak kecil mendengar kata-katanya.

"Kenapa awak gelak?" soal Larra kembali. Sedikit hairan.

Hakimi menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. "Tak ada apa. Serius awak nak anggap saya kawan baik awak?" soal Hakimi kembali. Dilihatnya Larra mengangguk perlahan. Wajah gadis itu kelihatan serius. "Bukan majikan?" soalnya lagi.

Larra mendengus perlahan sebelum memalingkan wajahnya dari lelaki itu. "Majikan pun boleh jadi kawan baik kan. Tapi kalau Tuan Kimi tak nak its okay" ujar Larra. Sedikit malu apabila merasakan permintannya tadi agak kurang masuk akal. Aku ni maid je dekat sini. Bukan lagi Elle or what. Selekeh je kot rupa aku dekat sini. Mana dia nak ngaku aku BFF dia.

"Siapa kata saya tak nak? Saya gembira dengar awak nak anggap saya best friend awak. Tapi sebagai best friend tolong jangan panggil saya Tuan Kimi. Panggil Kimi je okay?” soalnya. Larra menoleh ke arahnya sebelum mengangguk membuatkan dia akhirnya tersenyum. “Baiklah Cik Adlea, i'm your best friend forever. So, would you share with me your problem now?'' soal Hakimi kembali. Sedikit tenang melihat senyuman gadis itu.

Larra menoleh kembali ke arah lelaki itu. Tidak menyangka lelaki itu bersetuju. "First, saya nak beritahu dekat awak. Saya datang sini bukan dengan alasan nak tipu semua orang. As my bff, awak percaya saya kan?" soal Larra. Lelaki itu mengerutkan dahinya sebelum mengangguk.

"Yeah. Sure" jawab Hakimi pendek. Bukan itu yang mahu didengarnya dari mulut gadis itu tapi adalah sebab mengapa mummy nya memberi layanan buruk pada gadis itu. Namun dia tetap sabar mendengar.

Larra menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum melepaskan kembali perlahan-lahan. Rasa gementar pula ingin memberitahu tentang dirinya kepada Hakimi. "okay then i'll tell you". Wajahnya memandang tepat Hakimi yang sedang fokus memandangnya.

"Saya bukan anak saudara Mak Munah. Saya tak ada hubungan darah pun dengan Mak Munah" jawab Larra jujur. Serentak membuatkan riak wajah lelaki itu berubah. Hakimi telah pun membuat muka terkejutnya. Ya! Mungkin lepas ni kau pun akan turut serta join mummy and abang kau benci aku. Pakat-pakatlah satu rumah benci aku. Zaf mesti happy sebab gang dia untuk dia buli aku pun dah bertambah.

Hakimi sememangnya terkejut mendengar kenyataan yang keluar dari Adlea. Kalau bukan anak saudara Mak Munah siapa dia? Apa tujuan gadis itu datang ke rumahnya dan mengaku sebagai anak saudara Mak Munah? Namun, dia cuba berfikir secara profesional. Tugasnya sebagai peguam juga sedikit banyak membuatkan dia tidak terburu-buru untuk membuat tuduhan.

"Okay, saya terima. Then?" soal lelaki itu lagi. Dari riak suaranya tidak kedengaran seperti marah membuatkan Larra menarik nafas lega.

Dia menyambung semula kata-katanya. "But sekali lagi, saya cakap. Niat saya datang sini bukan nak menipu awak sekeluarga" ujar Larra kembali.

Hakimi mengangguk. "Ya saya percaya awak, Adlea. Jadi kenapa datang sini and sampai boleh beritahu kami yang awak ni anak saudara dia pula?" soal Hakimi perlahan. Larra menelan air liurnya. Sedikit rasa bersalah. Wajahnya dipalingkan menghadap rerumput di hadapannya. Angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup sedikitpun tidak mampu meredakan kekusutan di kepalanya kini.

"Saya tak berniat pun nak datang sini. Atas satu incident masa Mak Munah kena ragut, saya tolong dia. Tapi saya tolong dia ikhlas. Tak sangka pula bila dia tahu yang saya tak ada tempat tinggal, dia nak bawa saya ke sini." ujar Larra perlahan-lahan.

Berkerut dahi Hakimi mendengar. Ya, mak Munah pernah menceritakan pasal kes dia diragut. Namun tidak pula dia memberitahu Adlea adalah orang yang menolongnya ketika itu. "Tak ada tempat tinggal? Keluarga awak mana? Awak anak yatim?" soal Hakimi bertubi-tubi membuatkan Adlea tergelak sendiri mendengarnya. Hakimi memandang wajah itu. Eh perempuan ni. Aku tanya, dia boleh ketawa pula. Pantas dilihatnya gadis itu menggeleng sebelum kembali memandangnya.

"Saya bukan anak yatim. Saya still ada keluarga. Keluarga saya menetap dekat Ampang. Tapi saya.....: kata-katanya tersekat di situ. Dia menarik nafas panjang sebelum melepaskannya kembali “Saya lari dari rumah" jelas Larra.

Tergamam Hakimi mendengar. Apa? Lari dari rumah? Namun gadis itu tidak kelihatan seperti gadis yang bermasalah sehingga perlu melarikan diri dari rumah. "Kenapa awak lari dari rumah ? Family problem?" soalnya lagi. Kebiasaannya kes-kes yang ditangani, antara sebab utama, kes lari dari rumah adalah kerana didera oleh ibu bapa, atau masalah pengaruh rakan sebaya. Namun adakah gadis itu salah seorang dari mereka?

"Sebab parent saya tunangkan saya dengan lelaki pilihan mereka"

Hakimi menelan air liurnya yang terasa pahit. Okay, jauh dari reason-reason yang aku fikir tadi. Lari dari rumah sebab kena tunang paksa. Dah macam drama TV lah pulak. "Sebab tu awak lari? Sebab awak tak nak kahwin dengan lelaki itu?" soal Hakimi.

Larra meraup wajahnya sambil mengangguk. Satu keluhan berat dilepaskan. "Saya tahu apa yang buat ni tak patut. Saya tahu saya bukan anak yang baik. Tapi saya just, nak sikit masa untuk saya fikir balik pasal hal ni" ujar Larra perlahan. Wajah Hakimi di sisinya kembali dipandangnya.

Cepat-cepat Hakimi memandang tempat lain apabila menyedari Adlea membalas pandangannya. Ada sesuatu di dalam hatinya, membuatkan dia jadi tidak tentu arah. "Erm, kalau awak balik semula ke pangkuan ibu dan bapa awak, maksudnya awak akan kahwin dengan lelaki pilihan dia orang tu lah ea?" soal Hakimi perlahan. Kedua-dua lututnya dipeluk. Sememangnya dia tidak mahu gadis itu menjadi milik orang. Dia benar-benar sukakan gadis itu. Baginya, Adlea adalah jauh berbeza dengan mana-mana gadis yang pernah ditemuinya. Diikerlingnya Adlea sekilas dan dia melihat gadis itu mengangguk. Kecewa.

"Kalau awak tak payah balik boleh? Tinggal je dekat sini" cadang Hakimi tanpa memandang ke arah gadis itu.

"I wish that too. Tapi sampai bila saya nak biarkan parent saya macam tu. Saya still ada tanggungjawab lagi dengan mereka" ujar Larra.

Hakimi tersentak. Apa yang aku cakap ni? Sebab pentingkan diri, aku suruh dia jangan balik. Sebab aku takut kehilangan dia, aku cuba pengaruh dia supaya terus tinggal sini. Agh, aku tak patut buat macam tu. “Erm okay. Saya minta maaf. Memang betul lah apa yang awak cakap tu. Ibu and bapa awak lagi penting. So, sebab ni mummy saya marah awak ea? Sebab awak tipu status diri awak dari dia?" soal Hakimi. Dilihatnya Adlea mengangguk. Agh mummy. Hal kecil je rupanya.

* * * * *

Puan Zahnita teringat tentang Mak Munah yang masih berada di dalam bilik itu. Setelah dibawa pulang, kesihatan wanita dilihatnya semakin pulih. Semakin berselera untuk makan. Namun dia yang menegah dari wanita itu bekerja. Biar sahaja Adlea yang melakukan tugas-tugas itu.

"Puan" tegur Mak Munah sebaik sahaja melihat dia masuk ke bilik itu. Tiada senyuman di bibirnya. Dia duduk di sisi Mak Munah.

"Dah makan ubat belum?" soal wanita itu dingin. Meski tidak meninggi suaranya namun jelas dari air muka wanita itu masih marahkannya. Mak Munah jadi serba salah. Kalau aku tahu, jadi macam ni. Aku tak cerita dekat kau time dekat hospital hari tu, sesalnya di dalam hati.

"Mak Munah dah makan ubat belum?" sekali lagi wanita itu menyoalnya apabila soalannya tadi tidak berjawab. Dilihatnya Mak Munah menggeleng lemah. Satu keluhan berat dilepaskannya. "Adlea tak bagi makan ke?" marahnya sambil berdiri untuk mencapai ubat di atas meja. Penutup termos itu dibukanya sebelum menuang air ke dalam cawan.

"Dia tak bagi sebab tadi saya tidur agaknya, puan" balasnya cuba untuk mengelakkan dari Adlea dimarahi. Dia faham, dalam keadaan begini Puan Zahnita masih bengang kerana dirinya telah ditipu. Dan Adlea lah mangsa sasarannya. Aku sakit, mestilah dia nak marah pun tak sampai hati, fikirnya lagi. Wanita itu masih tidak memandangnya. "Puan masih marahkan saya dan Lea ya?" soal Mak Munah lembut.

Puan Zahnita mendengus keras. Langkahnya diatur kembali duduk di sisi Mak munah bersama air dan ubat di tangannya. "Saya nak marah ke, nak maafkan ke, tu hak saya. Saya memang tak boleh terima orang tipu saya" ujar Puan Zahnita tegas sambil cuba membantu Mak Munah untuk duduk.

Berkerut-kerut dahi Mak Munah. Semakin jelas kedutan-kedutan di wajahnya setiap kali mencuba menahan sakit. Air matanya sudah bertakung menahan rasa sebaknya. "Tapi Puan, Lea tu tak bersalah. Saya yang bawa dia balik sini. Semuanya salah saya. Saya yang patut kena marah. Bukan dia" ujar Mak Munah mencuba untuk menghalang majikannya itu terus melepaskan rasa amarah pada Adlea yang tidak bersalah.

Dia menjeling Mak Munah di hadapannya sebelum pantas mencebik. "Agh. Dua-dua sama je lah" ujar Puan Zahnita sambil memberi ubat itu kepada Mak Munah. Selesai minum, Mak munah kembali batuk-batuk semula.

"Saya rasa sedih dengar puan marah-marah dia. Apa pun, saya mohon maaf banyak-banyak dengan puan. Bukan niat saya nak menipu puan tapi percayalah. Lea tak macam yang puan fikirkan" ujar Mak Munah.

"Itu lah Mak Munah. Percaya sangat dengan orang luar. Entah dari mana agaknya datangnya budak tu. Mak Munah percaya je dia. Budak macam tu, tak boleh bagi muka sangat. Nanti dia pijak kepala" ujar Puan Zahnita keras.

Mak Munah menarik nafas panjang sebelum menggeleng lemah. Dikesatnya air matanya yang tumpah dengan hujung baju kurung kedahnya. Sedikit sedih mendengar kata-kata majikannya itu. "Saya anggap dia macam anak sendiri dah. Lea tu baik budaknya. Lagipun dia yang tolong saya masa beg saya kena ragut hari tu, puan. Kalau tak sebab dia, habis hilang semua barang-barang tu" terangnya perlahan. Benar-benar berharap majikannya itu akan faham.

"Ish, suka hati Mak Munahlah" ujar Puan Zahnita sambil mendengus keras sebselum berdiri untuk segera keluar dari bilik itu.

"Puan" panggil Mak Munah perlahan membuatkan dia tidak jadi untuk meneruskan langkah. Terhenti di situ menunggu Mak Munah menyambung kata-katanya. "Kalau Mak Munah dah tak ada, puan maafkan Mak Munah ya. Halalkan makan minum Mak Munah selama Mak Munah jadi orang gaji dekat sini ya" rintih Mak Munah menyebabkan Puan Zahnita tidak sampai hati untuk pergi meninggalkan wanita itu begitu sahaja. Dia berpaling kembali memandang Mak Munah.

"Kenapa cakap macam tu. Saya tak pernah anggap Mak Munah macam orang gaji saya pun. Saya anggap Mak Munah macam keluarga saya sendiri. Saya tak berkira semua tu dengan Mak Munah" ujarnya lembut.

Mak Munah tersenyum nipis. "Jadi saya harap puan boleh maafkan saya dengan Lea. Walaupun masa tu saya dah tak ada lagi dekat sini" ujarnya perlahan menahan sebak.

* * * * *

Puan Zahnita menoleh apabila pintu biliknya ditolak. Dilihatnya Hakimi masuk dengan masih berpakaian baju Melayu. Pasti baru pulang dari masjid, fikirnya. "Nak apa Hakimi?" soalnya lembut sambil kembali menatap buku 'The Heart Is The Lonely Hunter' di tangannya. Jarang sekali anaknya itu masuk ke bilik jika tidak ada urusan penting.

"Kimi nak cakap sikit pasal hal Adlea, boleh?" ujar lelaki itu sambil duduk di sisinya. Puan Zahnita menoleh. Ai, lain macam serius je anak aku ni. Serentak dia teringat kembali kekecohan yang dilakukannya siang tadi. Ah! Setiap kali teringat tentang hal itu, dia jadi malu sendiri. Menuduh gadis itu tanpa sebarang bukti.

"Erm, cakaplah" Dia berpura-pura malas mahu melayan. Tumpuannya diberikan seratus peratus pada buku di tangannya.

"Kimi bukan niat nak bend mummy or what tapi honestly, Kimi rasa apa yang mummy buat dekat dia tu tak patut" ujar Hakimi. Cuba berusaha untuk memujuk mummynya. Bukankah, kawan patut tolong kawan. Eleh, padahal kau nak tolong ni sebab kau memang dah syok dekat dia kan, Hakimi.

"Kimi pun dah pandai salah-salahkan mummy kan sekarang? Semua sebab budak Adlea tu" ujar Puan Zahnita sedikit marah. Buku di tangannya pantas ditutup. Wajah Hakimi di sisinya dipandang lama.

Hakimi terdiam sejenak sambil menarik nafas dalam dan melepaskannya kembali. “Kimi bukan nak salah-salahkan mummy. Cuma, Kimi tak sampai hati tengok mummy layan dia macam tu. Sebagai anak, Kimi rasa layanan mummy pada Lea tu tak patut. Lagipun benda tu hal kecil je mummy. Tak perlu rasanya mummy nak besar-besarkan" Sedaya upaya dia cuba untuk menjaga tutur katanya. Nada suaranya pun lembut sahaja. Mengharapkan hati Puan Zahnita akan terbuka mendengar nasihatnya ini.

"Apa yang tak patutnya Kimi. Mereka berdua tu dah pakat-pakat tipu mummy. Mummy layan Lea tu dengan baik kan sebelum ni. Tapi tak sangka dia boleh tergamak tipu mummy. Siapa pun takkan boleh terima kalau ada dekat tempat mummy. Buat mummy macam orang bodoh" marah Puan Zahnita. Nada suaranya sudah meninggi.

"Dia orang bukan sengaja nak tipu mummy. Tapi fahamlah keadaan masa tu. Kalau lah Mak Munah beritahu mummy yang dia dan Adlea bukan keluarga. Kenal pun sebab Adlea tu dah tolong Mak Munah masa beg dia kena ragut, agak-agak mesti mummy pun tak bagi kan Adlea tu tinggal dekat sini" balas Hakimi semula.

"Ya! Memang mummy tak akan bagi" balas Puan Zahnia.

"Sebab Mak munah nak tolong Lea mummy. Adlea tu lari daripada rumah" ujar Hakimi. Dia buntu. Entah nak guna cara apa lagi, agar mummy nya itu faham sebab sebenar kenapa Mak Munah terpaksa berahsia hal sebenar dengannya.

"Habis kalau budak tu lari dari rumah, kenapa Mak Munah kena bawa ke sini? Ingat rumah mummy ni rumah kebajikan ke? Sesuka hati nak bawa orang luar masuk rumah ni" soal Puan Zahnita.

Dia menarik nafas panjang. Payah betul nak berdebat dengan mummynya itu "Kan Kimi dah cakap, Mak Munah punya beg kena ragut. Lea tu yang tolong Mak Munah semua. Sebab tu lah Mak Munah nak tolong Lea tu balik. Kan bahaya mummy, dia tinggal seorang-seorang dekat luar. Dibuatnya apa-apa berlaku dekat dia" ujar Hakimi. Puan Zahnita mendengus. Wajahnya sudah bertukar cemberut.

"Erm, entah-entah tu cerita dia tak. Dia saja je nak menipu. Nak tutup kesalahan dia" Meski semua yang diberitahu oleh Hakimi itu sama dengan apa yang diberitahu oleh Mak Munah padanya siang tadi namun dia masih keras kepala. Tidak mahu memaafkan.

"Mummy, Kimi tak kisah kalau mummy benci dia. Tapi tolong jangan fitnah. Memfitnah sama hukumnya dengan membunuh. Dosa tu mummy" ujar Hakimi cuba menasihati. Puan Zahnita mengerutkan keningnya seraya memandang ke arah Hakimi. Buku di pangkuannya dicampakkan ke atas meja sebelum pantas bangun.

“Dahlah Kimi. Mummy nak tidur. Penat nak fikir pasal hal ni lagi. Nak keluar jangan lupa tutup lampu" ujarnya seraya berjalan ke katil sebelum berbaring. Malas mahu melayan Hakimi. Sakit pula hati aku bila dia sedaya upaya nak cuba menangkan juga Adlea dan Mak Munah tu.

"Sebenarnya Adlea tu bukan budak bermasalah pun. Dia lari dari rumah sebab family dia nak jodohkan dia dengan lelaki yang dia tak kenal. Mummy sebelum tidur jangan lupa baca doa" tegur Hakimi. Puan Zahnita berpura-pura menutup mata. Selimut di kakinya terasa di tarik sebelum seluruh badannya kini sudah diselimutkan oleh Hakimi. Ah! Hakimi anak yang baik, bingkis hatinya.

"Cincin emas mummy, Kimi letak dalam kotak tu balik dah. Tapi Kimi betul-betul harap, mummy fikir balik pasal apa yang Kimi cakap tadi tu ea mummy. Love you" Serentak kedengaran pintu biliknya ditutup perlahan. Okay! Anaknya itu telah keluar. Puan Zahnita membuka kembali matanya. Otaknya ligat memikirkan tentang layanan kasarnya pada Adlea. Satu demi persatu kembali berputar di benak fikirannya "Aku ke yang terlampau berkeras?" soalnya sendiri.

* * * * *

"Assalamualaikumwarahmatullah" selesai memberi salam ketika tahyat akhir dia berdoa pula.

"Ya Allah ya Tuhanku. Aku bermohon pada kau ya Allah. Kurniakan Rahmat dari sisimu. Berikanlah aku petunjuk dalam urusanku dengan segala petunjuk. Ringankanlah beban yang aku tanggung sekarang. Jauhkanlah aku dari dibenci orang. Kuatkanlah aku. Permudahkanlah aku untuk menghadapi semua ini, kerana engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagimu. Sesungguhnya aku hamba mu yang lemah. Aku mohon untuk kau tunjukkan jalan buatku. Bimbinglah aku ke jalan yang benar. Ya allah, kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku yang telah menjaga aku dari kecil hingga dewasa. Kau ampunilah aku hambamu yang tidak berdaya ini. ya Allah. ya Rahman ya Rahim. Kau kabulkanlah doaku. Amin" doanya sambil meraup mukanya. Dia tersenyum.

Rasa tenang hatinya setelah selesai mengerjakan solat Subuh. Dipandangnya Mak Munah yang masih tidur di pembaringan. Kebiasannya dialah yang akan mewudukkan wanita itu bagi membolehkan dia bersembahyang. Bukankah, bagi yang sakit juga masih perlu melakukan solat. Begitu juga Mak Munah. Lalu perlahan-lahan tangan runcingnya diarahkan menuju ke bahu Mak Munah. Digoyang-goyangkannya bahu milik wanita itu.

"Mak cik. Mak cik bangun. Dah subuh ni" ujarnya. Namun tiada sebarang reaksi yang diterima. Wanita itu diam dan kaku. Pelik Larra melihatnya. Kebiasaannya walau dicuit sedikt pun wanita itu mampu tersedar. "Mak cik. Dah subuh ni. Bangun" panggilnya lagi. Jantungnya berdegup semakin laju sebelum tangannya perlahan-lahan diarahkan menuju ke rongga hidung Mak Munah. Sepi. Tiada hembusan nafas di situ. "Mak ciiiiiiikk!!!" jeritnya.

* * * * *

Larra memandang kosong kubur yang masih merah di hadapannya. Air matanya terasa hendak mengalir, namun dia sedaya upaya menahannya untuk tidak jatuh. Kata orang, tak baik menangis di kubur. Tangannya ditadah saat talkin di bacakan.

Usai majlis talkin selesai, orang ramai sudah mula beredar ingin pergi. Namun dia masih ingin berada di situ. Menemani Mak Munah. Terkenang saat-saat manis bersama Mak Munah. Meski wanita itu baru sahaja dikenalinya namun Mak Munah sudah dianggapnya bagai ibunya sendiri. Kelembutannya serta perhatian yang diberikan membuatkan dia teringat akan mamanya, Datin Marissa. Air matanya mula bergenang kembali.

Bahunya ditepuk perlahan membuatkan dia tersedar. Nampaknya, bukan dia seorang yang masih berada di situ. Pantas dia menoleh dan mengesat air matanya. Dilihatnya Puan Zahnita sedang berdiri di situ memandangnya sambil tersenyum. Rasa aneh melihat wanita itu tersenyum padanya. Biar betul dia ni? Time-time macam ni nak senyum dengan aku. Wajahnya ditundukkan kembali memandang tanah.

"Yang dah pergi, biarkan pergi. Kita yang masih hidup kena tetap teruskan hidup" ujar wanita itu sambil mengambil tempat duduk di sisinya membuatkan Larra semakin pelik melihat sikap wanita itu. Mula-mula senyum dekat aku, lepas tu bagi kata-kata semangat pulak. Namun dia sekadar berdiam diri. Kang aku jawab mahu tiba-tiba dia pelangkung aku lagi. Tarik rambut aku pulak dekat kubur ni. Ish seram.

"Lea masih marahkan Auntie lagi ya?" soal Puan Zahnita apabila dilihatnya Adlea sekadar berdiam diri.

Larra mengerutkan dahinya. Sejak bila dia ni bahasakan diri jadi Auntie? Ish. Janganlah buat pelik-pelik dengan aku. Perlahan dia menoleh sebelum memaksa dirinya untuk tersenyum. "Tak adalah puan. Saya tak marah pun dengan puan" jawabnya yang masih selesa memanggil wanita itu dengan Puan. Rasa janggal pula untuk memanggil auntie. Auntie? Errrrk.

"Mulai hari ni, jangan panggil saya puan boleh? Panggil saya Auntie. Auntie rasa, apa yang Auntie buat dekat Lea seminggu ni memang tak masuk akal kan?" ujar Puan Zahnita itu. Semalaman dia memikirkan tentang perkara itu. Kata-kata Mak Munah dan Hakimi sedikit banyak berjaya melembutkan hatinya. Dia terpaksa mengaku, dia bertindak melulu. Gadis itu tidak bersalah. Satu kelhan berat dilepaskannya.

Larra mula berasa tidak sedap hati. First, cakap baik-baik dengan aku. Lepas tu dia gelar diri dia auntie pula, and sekarang! Dia mengaku yang apa yang dia buat dekat aku selama ni tak masuk akal. "Err mungkin memang susah untuk Puan......errr Auntie nak terima orang luar macam Lea ni. Lea tak salahkan auntie pun" ujar Larra kembali. Ah, aku masih belum biasa memanggil wanita itu dengan nama auntie. Dilihatnya Puan Zahnita tersenyum.

"Jangan cakap macam tu. Auntie sebenarnya rasa bersalah bila fikir balik apa yang Auntie dah buat dekat Lea. Tuduh Lea, marah-marah Lea. Auntie bukan macam tu sebenarnya. Tapi mungkin sebab Auntie tak boleh terima yang Lea dan Mak Munah dah tipu Auntie. Sebab tu Auntie jadi marah sangat. Kalau tak sebab Hakimi nasihatkan Auntie, tak tahulah apa jadi sekarang. Maafkan Auntie, ya Lea" ujar Puan Zahnita. Tangan milik Adlea dicapainya.

Larra sekadar membiarkan Puan Zahnita yang kini sedang menggengam erat tangannya. Rasa terharu. Tidak disangkanya Hakimi benar-benar membantunya memujuk Puan Zahnita. Hasilnya kini, wanita itu sendiri sedar dan mengaku perbuatannya melampau. Satu keluhana berat dilepaskannya. "Saya maafkan Puan.. Errrr i mean Auntie. Dan saya sendiri minta maaf sebab dah tipu Auntie" ujar Larra kembali membuatkan Puan Zahnita tersenyum sebelum mengangguk.

"Auntie maafkan. Kita sama-sama salah. Anggap macam tak ada apa-apa yang berlaku. Boleh tak Lea?" soal Puan Zahnita. Larra megangguk sambil tersenyum. Dia menarik nafas lega. "Baiklah. Jom balik. Dah nak masuk Asar dah ni' ujar Puan Zahnita sambil bangun. Larra turut mengekori langkah wanita itu.

* * * * *

Selesai menyusun pinggan mangkuk ke dalam kabinet, Larra menarik nafas lega sambil duduk di meja dapur bersendirian. Air kopi di mugnya sekadar dipandang kosong. Fikirannya menerawang teringatkan arwah Mak Munah. Tidak disangkanya begitu cepat wanita itu pergi meninggalkannya. Terasa baru sahaja dia mengenali wanita itu. Lantas pesanan terakhir wanita itu turut bermain-main di fikirannya.

"Kalau Mak Munah dah tak ada, Lea pulanglah semula ke pangkuan ibu dan bapa Lea" pesan Mak Munah suatu malam. Larra mengeluh perlahan.

"Kenapa Mak Munah cakap macam tu. Saya...."

"Adlea tolong dengar cakap Mak Munah. Anggaplah ni nasihat Mak Munah pada Lea. Kalau Mak Munah pergi, Lea pulanglah semula ke rumah Lea. Jangan buat mak dan bapa Lea makin risau" ujar Mak Munah seolah-olah memberi arahan. Ucapannya kedengaran tegas. Larra akhirnya mengalah.

"Tapi saya takut. Kalau papa dan mama saya still marahkan saya. Macam mana?" ujar Larra perlahan. Menahan rasa hatinya. Terketar-ketar Mak Munah cuba memegang lengannya.

"Tak ada mak dan bapa yang tak sayangkan anak-anak. Mak Munah yakin, lepas Lea dah balik semula. Mereka mesti maafkan Lea. Dah sebulan Lea dekat sini. Ada Lea khabarkan diri pada mereka? Lea sihat ke tak. Lea makan ke tak. Ada tak?" soal Mak Munah.

Larra tertunduk.

"Kalau macam tu, lagilah mereka risau. Percayalah cakap Mak Munah. Mereka akan maafkan Lea. Lea pulang ya nak" pujuk Mak Munah. Terngiang-ngiang di telinganya Bait kata-kata 'Lea pulang ya nak' . Satu keluhan berat dilepaskan.

"Lea, tak tidur lagi?" soal satu suara serentak menghalau jauh lamunannya. Puan Zahnita sudahpun duduk di sisinya dengan mug di tangannya.

Larra menggeleng perlahan. "Belum mengantuk lagi Auntie" ujarnya sambil tersenyum. Semenjak Mak Munah selamat dikebumikan, Puan Zahnita kembali melayannya dengan baik. Larra bersyukur dengan perubahan itu. Malah lebih baik dari dahulu rasanya.

"Teringatkan Mak Munah?' teka Puan Zahnita.

Larra terdiam sejenak mendengar soalan itu. "Saya teringat pesanan dia dekat saya sebelum dia pergi" ujar Larra kembali. Air milo di dalam mugnya dihirup sedikit.

Puan Zahnita mengangkat keningnya sambil memerhati wajah Adlea di hadapannya itu. Sedikit berminat untuk mengetahui lebih lanjut dengan apa yang diperkatakan oleh gadis itu. "Apa pesanan Mak Munah?" soalnya.

Larra menelan air liurnya yang terasa pahit sebelum mengeluh perlahan. "Mak Munah minta saya balik semula ke pangkuan parent saya kalau dia pergi. Sekarang, mungkin dah sampai masanya saya balik ke rumah" ujar Larra. Dia bersedia dengan segala kemungkinan pun. Walaupun dia tahu, akibatnya sukar untuk diterima tapi aku tak boleh lari dari kenyataan lagi.

"Auntie agak berat hati nak lepaskan Lea, tapi kalau itu yang terbaik buat Lea. Aunite faham. Mesti parent Lea sendiri bimbangkan Lea kan sekarang" ujar Puan Zahnita. Dilihatnya Adlea tersenyum nipis sebelum menoleh ke arahnya dan mengangguk.

"Saya pun rasa macam tu. Rindu sangat nak balik rumah. Walaupun apa pun, nak tak nak saya tak boleh pentingkan diri sendiri. Parent saya lagi penting dari kehendak saya" ujar Larra kembali sambil memandang meja yang kosong di hadapannya. Fikirannya menerawang memikirkan mamanya di rumah.

Puan Zahnita tersenyum. "Kalau boleh, Auntie nak tahu apa sebab Lea larikan diri rumah. Sebab tak nak kahwin dengan lelaki pilihan Lea tu ke?" soalnya kembali. Serentak dilihatnya Adlea menoleh ke arahnya. Riak wajah gadis itu seolah terkejut.

Larra mengetap bibirnya. Dari mana pula dia tahu pasal aku tak nak kahwin dengan lelaki pilihan papa tu? Setahu aku, aku tak pernah beritahu apa-apa pasal hal tu dekat Puan Zahnita. Namun dia malas mahu bertanya lantas dia sekadar mengangguk.

Puan Zahnita mengeluh perlahan. "Aih. Auntie tak sangka. Still lagi ada kes kahwin paksa. Macam anak Auntie yang Zaf tu pun, papa dia nak kahwinkan dengan anak perempuan kawan dia. Tak tahulah tu macam mana" beritahu Puan Zahnita.

Larra tergamam. Zaf juga menerima nasib sama seperti aku? Teringat kembali peristiwa beberapa minggu lepas ketika Zaf pulang lewat malam dalam keadaan mabuk. Lelaki itu juga pernah memberitahunya hal yang sama. Dia ditunangkan secara paksa oleh papanya. Agh tapi aku ingat masa tu dia main-main. Mabuk kot dia masa tu. Tapi rupa-rupanya memang betul dia kena kahwin paksa.

“Lea” dirinya dipanggil membuatkan dia tersedar semula. Pantas dia menoleh ke arah Puan Zahnita yang sedang memandangnya. Tersenyum sebelum mula bersuara. "Saya tak tahulah auntie. Saya rasa, belah bahagi sekarang. Kalau saya tak ikut cakap papa, saya jadi anak derhaka. Apapun, saya rasa saya kena ikut apa yang arwah Mak Munah pesan. Jadi auntie benarkan saya pergi?" soalnya kembali. Takut-takut jika Puan Zahnita menghalang. Puan Zahnita dilihatnya tersenyum.

"Apalah hak auntie nak halang Lea pulang ke pangkuan ibu dan bapa Lea sendiri. Auntie gembira kalau Lea nak pulang semula jumpa mereka. Tapi kalau boleh, auntie nak juga kenal-kenal dengna parent Adlea? Boleh?" soal Puan Zahnita kembali. Ingin sekali dia betemu dan berkenalan dengan kedua-dua ibu bapa gadis cantik ni.

Larra tergelak sebelum mengangguk. "Boleh. Insyaallah nanti saya kenalkan auntie dengan ibu dan bapa saya" ujar Larra sambil tersenyum. Lega hatinya Puan Zahnita memberi kebenaran untuk dia pulang semula ke pangkuan keluarganya.

* * * *

Awal pagi itu suasana rumahnya agak sunyi. "Zaf mana, Kimi?. Mummy ketuk-ketuk pintu bilik dia tak berjawab. Dia dah keluar ya?" soal Puan Zahnita sambil mengambil tempat di sebelah Hakimi yang masih berbaring. Lelaki itu menoleh seketika memandangnya sebelum kembali membaca surat khabar di tangannya.

"Dia dah balik dah mummy" ujar Hakimi membuatkan Puan Zahnita terkejut.

"Hah? Dah balik? Kimi ni biar betul. Apasal mummy tak tahu pun" ujar Puan Zahnita jelas kurang percaya dengan kenyataan dengan diberikan oleh Hakimi.

"Macam biasalah mummy. Rumah ni kan hotel untuk dia. Lagipun hari ni, Uncle Radzi dah balik dari Tokyo. Sebab tu lah dia balik rumah dia semula" ujar Hakimi selamba. Sempat dia menjeling ke arah mummynya kelihatan hampa. Mungkin masih belum dapat menerima kepulangan mengejut abang tirinya itu.

"Mana Kimi tahu dia dah balik?" soal Puan Zahnita masih tidak percaya. Hakimi dilihatnya tersenyum.

"Kimi jumpa dia masa dia nak turun pagi tadi. Dia yang cakap yang dia balik Damansara terus. Tak balik sini lagi" ujarnya. Hakimi menarik nafas panjang sebelum bangun dan duduk di sisi mummynya itu. "Dahlah mummy. Tak payah sedih. Kimi kan ada. Kimi tak pergi mana-mana pun" ujar Hakimi mengingatkan tentang kehadirannya di situ sambil memeluk mummynya. Tidak mahu mummynya terus-terusan sedih.

Puan Zahnita menguntum senyuman nipis. "Ehm tak apalah kalau macam tu. Kimi, tak keluar pergi mana-mana pula hari ni?' tegur Puan Zahnita semula.

Pantas Hakimi menoleh sambil tersenyum. "Eh mummy ni. Kalau Kimi keluar, mummy juga yang bising, kata Kimi tak reti lekat dekat rumah. Sekarang Kimi dah tak keluar, pun mummy tegur lagi. Adoiii!" ujarnya sambil tergelak melihat sikap mummynya itu.

Tergelak kecil Puan Zahnita mendengar kata-kata Hakimi itu. Terlupa sejenak tentang rasa sedihnya dengan kepulangan mengejut Tengku Dzafril Haidhar. Memang benar. Anak lelaki keduanya itu dahulu jarang sekali melekat di rumah. Ada sahaja aktivitinya di luar. Maklumlah, anak lelakilah katakan. Namun sejak kebelakangan ini, dia juga pelik melihat perubahan pada Hakimi. Anaknya itu lebih gemar duduk di rumah sahaja jika tidak bekerja.

"Iye ke ni. Ke, ada sebab lain tak nak keluar. Hem?" soal Puan Zahnita sengaja mengusik Hakimi. Dikerlingnya sekilas ke arah Hakimi di sisi. Wajah lelaki itu kelihatan merona merah.

Dia mengerutkan dahinya sebelum menjeling ke arah mummynya yang sedan tersenyum memandangnya "Eh, apa maksud mummy? Mana ada sebab apa-apa" ujarnya. Agh cover! Cover!

"Erm, nampak benar nipunya. Kamu tu, dari kecil memang tak reti menipu. Kalau menipu nampak sangat muka penipu" ujar Puan Zahnita sambil tergelak melihat wajah pucat lesi Hakimi. Tersengih-sengih lelaki itu mendengar kata-katanya.

"Eh, mummy ni macam-macam la. Penipu apanya?" soalnya kembali.

"Kimi, ada hati pada Lea kan seenarnya?" soal Puan Zahnita. Sengaja dia berterus terang dan seperti yang dijangkanya soalannya itu membuatkan Hakimi tergamam. Terdiam sejenak memandangnya. Namun seketika kemudian lelaki itu berpura-pura ketawa sebelum berbaring semula di sofa.

"Eh apa mummy cakap ni. Mana ada Kimi sukakan Lea. Tak adalah" ujarnya. Agh! Dah jelas terang memang aku tengah syok dekat dia stil nak cover lagi!

Puan Zahnita tersenyum "Tak payah nak menipu sangatlah dengan mummy. Mummy tahu, Kimi tu memang suka Lea and i got no probs with that" ujar Puan Zahnita membuatkan Hakimi menoleh ke arahnya. Bulat mata Hakimi memandangnya. Senyuman jelas terukir di bibir lelaki itu.

"Ye ke mummy? Maksudnya mummy pun berkenan lah ea dengan Lea tu?" soalnya kembali. Puan Zahnita cuba menahan ketawanya sambil mengangguk-angguk kepalanya. Dah excited macam tu pun, still nak cover yang dia tak ada hati dekat Adlea tu. Hakimi..Hakimi.

"Tengok dah senyum macam tu pun still tak nak ngaku yang Kimi memang suka kan dia. Nak tipu mummy. So? Macam mana?' soal Puan Zahnita. Sayup-sayup kedengaran loceng rumah mereka berbunyi membuatkan Hakimi tidak jadi untuk menjawab soalannya.

"Mummy dengar tak orang bagi salam?" soal Hakimi apabila sayup-sayup telinganya menangkap bunyi wanita memberi salam. Soalan mummynya tidak dijawab.

Puan Zahnita turut cuba mengamati dan memang benar, kini kedengaran seseorang memberi salam. Dia menoleh kembali ke arah Hakimi. "Kimi pergi lah jemput tetamu tu masuk. Datin Marissa agaknya" ujar Puan Zahnita. Hakimi sekadar mengangguk sebelum bingkas bangun dan berjalan menuju ke pintu utama yang terletak di tingkat atas.

* * * * *

"Datin nak saya jemput Datin pukul berapa?' soal Pak Mat.

Datin Marissa menoleh ke arah pemandu keluarganya itu sebelum memandang jam tangannya. Satu keluhan berat dilepaskannya. "Saya tak lama kot dekat rumah kawan saya ni. Jemput saya dalam sejam lebih lagi boleh? Pergi la mana-mana dulu. Sarapan ke?" ujar Datin Marissa sambil mencapai tas tangannya.

Pak Mat mengangguk perlahan mendengar arahan majikannya itu. "Baik Datin" ujarnya.

Datin Marisssa segera keluar dari kereta Alphard itu sebelum berjalan masuk ke kawasan rumah sahabatnya itu. Dia menekan loceng beberapa kali. "Assalamualaikum!" laungnya. Tidak lama kemudian, kelihatan anak kedua, sahabatnya itu muncul di sebalik pintu dengan masih berpakaian baju tidur. Tersenyum dia melihat Hakimi.

"Walaikumussalam, Auntie. Masuklah" ujar Hakimi sambil tersenyum dan membuka pintu bagi membolehkan Datin Marissa masuk.

"Mummy kamu ada?" soal Datin Marissa serentak membuatkan Hakimi menoleh ke arahnya.

"Ada. Tadi dia ke dapur. Kejap lagi keluar la tu. Auntie duduklah dulu dekat sini. Kimi panggilkan mummy ea" ujar Hakimi. Datin Marissa mengangguk sambil tersenyum. Dia melabuhkan punggungnya sebelum memerhati sekitar ruang tersebut. Tas tangannya diletakkan di sisi. Selendang yang masih tersangkut di kepalanya diperbetulkan.

"Datin" tegur satu suara membuatkan Datin Marissa pantas menoleh. Tersenyum sebaik sahaja terpandang kelibat sahabatnya itu, Puan Zahnita.

"Nita sihat?" soalnya sambil bersalam.

Puan Zahnita tersenyum sambil duduk di hadapan sahabatnya itu dan mengangguk. "Alhamdulillah. Saya macam ni juga. Sihat je. Dah lama Datin tak datang ke sini. Apa khabar" ujarnya kembali membuatkan Datin Marissa turut tersenyum.

"Alhamdulillah sihat. Saya bukan tak nak datang. Saya dah lama nak datang sini dah Nita. Tapi itulah asyik tertangguh-tangguh je. Lagipun, sebenarnya saya datang sini pun ada hal nak dicakapkan pada Nita" ujar Datin Marissa.

Puan Zahnita mengerutkan sedikit dahinya mendengar kata-kata sahabatnya itu. "Ada hal apa, Datin?" soalnya kembali.

Datin Marissa menelan air liurnya sebelum pandangannya dijatuhkan ke lantai. "Untuk mesyuarat esok. Saya minta Nita jadi wakil saya sebab saya tak sihat sangat. Boleh tak?" soalnya membuat kan Puan Zahnita terdiam mendengar permintaannya itu. Dia tersenyum sebelum menyambung semula kata-katanya. "Kalau tak boleh tak apa. Menyusahkan Nita je" ujar Datin Marissa kembali.

"Insyaallah boleh, Datin. Lagipun saya memang nak pergi pun esok" ujar Puan Zahnita setelah berfikir. Dilihatnya Datin Marissa tersenyum sambil mengangguk.

"Erm, terima kasihlah ya Nita. Eh, sunyi je rumah ni. Mak Munah mana?" soal Datin Marissa sambil menoleh sekeliling ruang itu mencari kelibat Mak Munah. Kebiasaan setiap kali dia datang ke situ, pasti Mak Munah akan datang menemuinya. Namun kelihatannya hari itu Mak Munah tiada. Dia kembali memandang semula ke arah Puan Zahnita yang kini turut memandangnya. Riak wajah wanita itu sukar dimengertikan. Seolah-olah kelihatan sayu membuatkan dia jadi hairan.

"Nita, kenapa ni?" soalnya.

Puan Zahnita menelan air liurnya. Berat untuk dia menyuarakan hal itu. "Mak Munah dah tak ada, Datin. Baru tiga hari lepas meninggal. Barah paru-paru" beritahunya serentak membuatkan Datin Marissa tergamam mendengar.

Setahunya baru dalam beberapa bulan lepas dia berjumpa dengan wanita itu. Kini dalam sekelip mata dia diberitahu wanita itu sudah meninggal. "Innalillah, tak tahu pula. Maafkan saya, Nita. Mengejut dia pergi. Semoga rohnya dicucuri rahmatlah" ujar Datin Marissa kembali mencuba untuk menenangkan Puan Zahnita.

"Amin, tak apalah Datin. Dah memang sampai ajal dia agaknya. Ermmm.. Datin datang seorang je ke hari ni. Mana Larra? Kata hari tu dia dah balik semula ke Malaysia kan?" soal Puan Zahnita sengaja mengubah topik.

Puan Marissa terdiam sejenak mendengar nama Larra. Ya, tiba-tiba teringatkan Larra membuatkan hatinya seakan disiat-siat. Pilu mengenangkan anak yang hilang tanpa berita. "A'ah dia dah balik sini dah" balasnya perlahan mencuba untuk tersenyum.

"Erm, kalau Datin cepat sikit bawak dia ke sini. Boleh dia jumpa sekali dengan Zaf. Zaf tinggal sini sebulan" ujar Puan Zahnita bersungguh-sungguh.

Berkerut dahi Datin Marissa mendengar kata-kata sahabatnya itu. "Zaf tinggal sini?' soalnya. Sedikit pelik kerana setahunya anak lelaki pertama sahabatnya itu jarang sekali pulang ke rumah ini. Dilihatnya Puan Zahnita mengangguk sambil tersenyum

"Dia tinggal sini sementara Radzi pergi outstation di Jepun. Erm, kempunanlah nampaknya saya nak tengok sendiri rupa bakal menantu saya tu. Teringin benar saya nak tengok budak Larra tu, Datin” ujar Puan Zahnita. Sememangnya dia belum pernah berjumpa empunya diri gadis bernama Larra yang ingin dijodohkan dengan anaknya itu. Sudah lama dia teringin untuk bertemu sendiri dengan anak sahabatnya itu yang dikhabarkan mempunyai rupa paras yang cantik melalui Tan Sri Tengku Radzi. Pasti mewarisi kecantikan sahabatnya itu, Datin Marissa.

"Kalau dia ada dekat rumah tu memang saya dah bawak sekali dah Nita"

Berkerut dahinya mendengar jawapan yang diberikan oleh Datin Marisa itu. "Larra pergi mana? Kerja?" soalnya kembali. Dia menangkap riak wajah Datin Marissa tidak seceria tadi. Apakah masalah sebenarnya?

"Dia lari dari rumah" balas Datin Marissa perlahan.

Bulat mata Puan Zahnita mendengar kenyataan itu. "Mmm...maksud Datin. Larra? Larra lari daripada rumah?" soalnya kembali. Masih kurang percaya dengan apa yang di dengarnya tadi. Biar betul? Sebab kena tunangkan paksa tu ke?

"Ya. Anak saya Larra dah lari dari rumah Nita. Dia berkeras tak mahu kahwin. Suruh berkawan dengan Zaf dulu pun dia tak nak. Pening saya dibuatnya" perlahan Datin Marissa mengulangi kata-katanya. Mula terasa sebak memikirkan Larra.

Puan Zahnita pula kehilangan kata. Masih terkejut besar menerima berita itu. Takkanlah dia betul-betul menolak untuk dijodohkan dengan Zaf? Setahu aku, ramai perempuan yang gilakan anaknya yang satu itu. Jadi agak hairan sekiranya Larra menolak bulat-bulat untuk dijodohkan dengan lelaki itu. Zaf tahu ke tak agaknya pasal hal ni? Kini dilihatnya Datin Marissa sudah bangun berdiri sambil mengesat pipinya. Hidung wanita itu memerah.

"Nita. Saya tumpang toilet awak boleh? Mana?" soal Datin Marissa.

"Dekat hujung koridor tu" beritahunya. Lantas Datin Marissa dilihatnya tergesa-gesa berjalan menuju ke toiletnya itu. Menangis barangkali. Satu keluhan berat dilepaskan sebelum pandangannya dijatuhkan ke lantai. Masih memikirkan tentang Larra, anak perempuan Datin Marissa yang menghilangkan diri gara-gara tidak mahu dikahwinkan dengan anaknya Tengku Dzafril Haidhar.

"Kalau dia larikan diri, ke mana dia pergi sekarang?" soalnya sendiri.

"Mana Datin tu Auntie?' tegur Larra sebaik sahaja sampai di ruang itu. Yang dilihatnya hanya Puan Zahnita bersendirian sahaja di situ. Sedang termenung.

Puan Zahnita serentak tersedar dari lamunannya apabila mendengar teguran itu. Pantas dia menoleh ke arah Adlea yang sudah pun tiba bersama dulang di tangannya. "Dia pergi ke toilet kejap" ujarnya.

Larra sekadar mengangguk dan tersenyum sambil meletakkan dulang ke atas meja. Dengan berhati-hati dia menuangkan air ke dalam cawan-cawan kosong itu.

Bulat mata Datin Marissa melihat seraut wajah itu yang kini sedang leka menuang air ke dalam cawan. Dia berjalan perlahan-lahan menghampiri gadis itu yang masih belum sedar akan kehadirannya. Aku ni salah tengok ke? Kenapa Larra dalam pakaian yang macam tu. Betul ke tu anak aku? Jantungnya berdegup kencang. Namun dia menguatkan diri dan mencuba untuk bertahan.

"Larra Adlea?" panggil Datin Marissa.

Serentak Larra menoleh apabila mendengar namanya dipanggil.

1 comments:

Admin said...

Cinta itu sememangnya indah
P/s : kedai cenderahati